MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Friday 20 July 2012

ANEKDOT TAKWA (3): PEMBURU LAILATUL QADAR

( N  18 )   NUKILAN DARI TAMAN SYURGA

ANEKDOT TAKWA (3) : PEMBURU LAILATUL QADAR


Setiap Muslim sangat menginginkan bertemu dengan malam yang menjengah setahun sekali dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini iaitu Lailatul Qadar. Adakah kita seorang pemburu Lailatul Qadar pada SEPULUH malam terakhir Ramadhan? Sekurang-kurangnya ada tiga kategori pemburu Lailatul Qadar di kalangan orang umum / biasa seperti penulis yang akan digambarkan di sini.

SENARIO 1
                   Hamba Allah ini terbangun dari tidurnya di waktu dinihari dan terhuyung hayang dengan mata separuh pejam menuju ke bilik air untuk melepaskan hajat pundi kencingnya. Setelah selesai dia teringat sesuatu.
"Malam ini Lailatul Qadar ke?"
Dia menyelak langsir tingkap bilik dan meninjau-ninjau suasana di luar. Di rasanya begitu hening dan tenang, tiada kedengaran anjing menyalak seperti kebiasaannya. Langit dilihatnya agak cerah walaupun dia tahu ia berpunca dari lampu-lampu jalan raya tetapi kecerahannya agak berbeza malam itu. Dia yakin malam itulah Lailatul Qadar. Dia berasa gembira dan beruntung dapat bertemu dengan Lailatul Qadar. Setelah menikmati seketika suasana itu matanya kian kuyu kerana mengantuk. Lalu dia beredar ke katil empuknya dan menyambung tidurnya dengan nyenyak sekali sehingga dibangunkan semula oleh seseorang hampir masuk waktu subuh untuk bersahur.  

SENARIO 2
                   Hamba Allah ini dikejutkan dari tidurnya pada jam 4 dinihari oleh telefon bimbitnya. Walaupun mengantuk , setelah dia mengambil wudhuk dia terasa segar dan bersedia untuk bersolat tahajjud dan ibadah lain. Dia telah bertekad untuk tidur  seawal mungkin selepas mengerjakan solat fardhu  dan sunat tarawikh di surau pada 10 malam-malam terakhir Ramadhan supaya tidak mengantuk apabila bangun di waktu dinihari kelak dan juga tidak makan terlalu banyak.
Dia menyelak langsir tingkap biliknya dan meninjau-ninjau suasana di luar. Didapatinya keadaan yang sama seperti suasana dalam senario 1 di atas. Setelah yakin malam itu ialah Lailatul Qadar dia berasa gembira dan beruntung dan tidak sabar-sabar lagi untuk mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti solat, berdo'a, mambaca Al Quran, bertasbih/tahmid dll. dan berselawat  sehingga waktu bersahur dan masuk subuh.

SENARIO 3
                   Hamba Allah ini, pada keesokan paginya, di pejabatnya ada kawan memberi pendapat mengatakan malam itu ialah malam berlakunya Lailatul Qadar kerana terdapat tanda-tanda alam yang terkesan oleh para malaikat yang sedang naik untuk pulang ke langit.
"Oh! ye ke." Hamba Allah itu memberi respon selamba dan acuh tak acuh sambil meneruskan tugasnya.
Sebenarnya malam itu, selepas menonton t.v dan makan 'too early bird' sahur, dia terus tidur hingga ke pagi. Dia tidak mahu tidurnya diganggu.

RUMUSAN

Senario 1 : Dia sekadar seorang pemburu  Lailatul Qadar tetapi telah melepaskannya begitu sahaja sehingga ia menjenguk kembali tahun hadapan, itu pun jika umur kita panjang.

Senario 2 : Dia ialah seorang pemburu dan juga PENGISI (dengan amalan-amalan sunat) Lailatul Qadar yang bijak kerana akan mendapat ganjaran pahala bersamaan 1,000 bulan atau 83 tahun amalan fardhu. 

Senario 3 : Dia bukanlah seorang pemburu Lailatul Qadar.

SARANAN
            
Di 10 malam-malam terakhir Ramadhan, sekurang-kurangnya kita terus bersolat tarawikh dan witir di surau, masjid atau di rumah yang termampu tetapi dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Kepada yang bertekad dan berkemampuan untuk benar-benar mencontohi amalan Rasulullah s.a.w beriktiqaf ('bertapa') di masjid / surau   pada 10 hari dan malam terakhir, bertanyalah dengan guru-guru agama yang arif untuk menjaminnya bertemu dengan Lailatul Qadar. 
    
Wallahua'lam.

- Tuk Ki   
                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment