MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Wednesday 11 July 2012

ANEKDOT TAKWA (2): MMM...SEDAPNYA BIFSTIK....TAPI..

( N   16 )   NUKILAN DARI TAMAN SYURGA

ANEKDOT TAKWA (2): Mmm...sedapnya bifstik , tapi...




Lokasi : Sebuah restoran (diiktiraf halal) didalam hotel berprestij.

Kelihatan seorang pemuda, Mr. Bin, sedang sedikit gelisah menunggu waitress untuk memesan hidangan pilihannya. Jari-jarinya bermain-main dengan pisau dan garpu yang tersusun rapi di atas meja yang dihias cantik dengan se kuntum bunga. Pinggan, mangkuk sup, sudu sup, sudu makan dan garpu, cawan kopi, gelas dan napkin yang dilipat dengan inovatif sekali tersusun kemas di hadapannya mengikut susunan etiket kesopanan persantapan Barat. Dia kelihatan gembira apabila seorang waitress menghampiri mejanya.

Waitress : Good day sir, nak order sir?
Mr. Bin : Oh! sudah tentu, saya nak satu bifstik yang welldone.

Sambil menunggu bifstik welldonenya, dia meninjau-ninjau pelanggan Melayu yang sedang menikmati stik masing-masing. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat suasana itu.

Waitress : Your welldone beefsteak, sir.
Mr. Bin : Terima kasih, mmm...sungguh menyelerakan.

Mr. Bin mengambil garpu dan mencucuk bifstiknya untuk menstabilkannya sambil menghiris-hiris daging bifstik itu dengan pisau yang tersedia itu menjadi kepingan-kepingan kecil. Apabila selesai daging bifstik itu dihiris-hirisnya, pisau itu diletak ketepi dan dengan penuh berselera dia mencucuk dan menyuap kepingan-kepingan kecil bifstiknya dengan garpu satu demi satu. Waitress yang asyik melihat gelagat mr. Bin mendekatinya.

Waitress : Saya suka cara tuan makan.
Mr. Bin : Saya makan cara Islam. Kalau saya tak buat cara begitu saya ikut cara syaitan makan.
Waitress : Maksud tuan?
Mr. Bin : Cara Barat menghiris dengan tangan kanan dan terpaksa menyuap dengan tangan kiri. Syaitan makan dengan tangan kiri.
Waitress : Oh! saya pun tak mahu ikut syaitan.
Mr. Bin : Dengan menggunakan garpu sahaja, sekarang saya makan dengan tangan kanan. Mengikut sunah Nabi s.a.w.
Waitress : (Mengangguk setuju).
Mr. Bin : Lagi satu... jangan lupa baca Basmallah. (Tersenyum).
Waitress : (Mengangguk-ngangguk ... sangat bersetuju).

(Mesej : Kalau anda mempunyai dua tangan yang berfungsi dengan baik, maka gunakanlah tangan kanan anda untuk menyuap makanan ke mulut anda walau di mana jua anda berada).

- Tuk Ki 



                                  

No comments:

Post a Comment