MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Thursday 12 April 2012

PUISI / SAJAK RAP - TABIB MUSLIHAT 2

(  I  15  )   ILHAM ILAHI


TABIB MUSLIHAT  2*  ( SAJAK RAP )

Berita bertiup Tabib Muslihat dah terjebak.
Aku terdengar macam rasa masin perak.
Tabib Muslihat terpaksa menukar rentak.
Bersara terus dan muka betul-betul sebak.
Pengampu-pengampu jaga kain jangan terselak.
Sekali sekala Tabib Muslihat terpaksa ditegak.
Kerana perut sememangnya dah sengkak.
Dek 'jasa' Tabib Muslihat bukan kecil anak. 
Dulu bo-lui , sekarang dalam bank dah terlalu sesak.





Berita bertiup Tabib Muslihat sebenarnya tidaklah bijak.
Tindak tanduk kadang-kadang Tabib Muslihat tersepak.
Tetapi tidak menerima hakikat yang itu dari al Haq.
Terus tersasar menggunakan akal bagai nak rak.
Tabib Muslihat menyangka dirinya terlebih bijak tdak boleh tidak.
Hukum Allah ditafsir bagai budak-budak.
Bila dijawab terdiam pulak.
Selagi ilmu agama tidak diambil dari rak-rak.
Bersama guru pondok meneliti yang hak.


Kembalilah ke pangkal tetapi jalan berbecak.
Terpalit lumpur tak dapat dielak.
Yang Khaliq akan menjemput dengan baik hanya kepada yang layak.
Umur mu tua bila-bila akan diajak.
Taufik dan hidayah aku do'akan moga engkau terserempak.
Sebelum nyawa sampai ke khalkum dekat dengan tekak.
Berhadapan Mizan Allah dah tak boleh tembak-tembak.
Ya Rab! matikan kami dalam khusnul khotimah itulah sebenar-benar bijak.
Amin, amin, amin ya Rab al 'Alamin.

- Tuk Ki



* Tabib Muslihat  1  - sila klik disini. 


No comments:

Post a Comment