MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Sunday 16 June 2013

BALASAN PELAKU HOMOSEKS / LIWAT

7 SYA'ABAN 1434 H

( N  47 )   NUKILAN DARI TAMAN SYURGA

BALASAN PELAKU HOMOSEKS / LIWAT

Firman Allah S.W.T (dialog Nabi Lut a.s dengan kaumnya) bermaksud: 

"Mengapakah kamu mendatangi kaum lelaki daripada sekelian isi alam?" 
- Surah Al-Syua'ara' ayat 165.

Nabi Lut a.s telah diutuskan untuk memberi peringatan kepada kaumnya supaya meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan dibenci Allah Ta'ala (liwat) dan supaya beriman, tetapi mereka tidak memperdulikannya. Maka Allah Ta'ala telah membinasakan mereka dengan hujan batu yang dahsyat.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: 

"Barangsiapa* mengerjakan perbuatan kaum Nabi Lut (homoseks/liwat) maka hendaklah kamu bunuh pelakunya dan yang diperlakukan."
* akil baligh.

Ibn Abbas r.a berkata berkenaan hukuman ke atas pelaku liwat: 

"Hukuman (hudud) bagi yang melakukan liwat itu hendaklah dilontar dengan batu pada tempat yang tinggi hingga mati. Sesungguhnya Allah Ta'ala telah merejam kaum Nabi Lut dengan batu daripada dua langit dan jika dimandikan orang yang melakukan liwat itu dengan semua air di dunia ini nescaya tiada hilang najis pada tubuhnya sehingga mati."

'Apabila lelaki berzina dengan lelaki, maka bergerak 'arasy dan malaikat-malaikat akan berpegang pada tiang 'arasy serta membaca surah al-Ikhlas sehinggalah hilang gerak 'arasy Tuhannya.'

Bersabda Nabi s.a.w. lagi, maksudnya:

"Ada tujuh golongan yang diseksa dengan seksaan yang pedih. Pertama ialah yang meliwat, kedua ialah yang sanggup diliwat, ketiga ialah orang yang berzina dengan perempuan pada duburnya, keempat ialah yang berzina dengan binatang, kelima ialah yang berzina dengan perempuan dan anaknya, keenam ialah yang berzina dengan perempuan yang bersuami, ketujuh ialah orang yang menyakiti orang sekampung dengannya melainkan ia bertaubat."

Pintu taubat sentiasa terbuka dengan taubat nasuha.

Nabi Sulaiman a.s ada bertanya kepada Iblis:

"Katakan kepadaku apakah perkara yang engkau amat sukai?" Iblis menjawab, "Tiada satu yang terlebih hamba suka tuanku, selain daripada liwat."

Nabi s.a.w. turut memberi amaran kepada golongan homoseks ini melalui sabdanya yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mati padahal dia mengerjakan perbuatan kaum Nabi Allah Lut, tiada diam dia di dalam kuburnya walaupun sesaat. Maka Allah s.w.t. memerintah malaikat seperti burung menyambar mayat itu dengan dua kakinya dan diterbangkan ke tempat kaum Nabi Lut serta ditulis pada dahinya bahawa ia telah putus daripada rahmat Allah."





"Akan datang pada hari kiamat beberapa orang kanak-kanak yang tidak berkepala. Allah s.w.t. berkata pada mereka, "Siapakah kamu?" Mereka  menjawab, "Kami telah dianiaya." Maka Allah Ta'ala berkata, "Siapakah yang menginaya kamu?" Maka sembah mereka, "Bapa kami (yang mendatangi duburnya)."

Na'uzubillah.

Wallahua'lam.

(Sumber: kuliah berdasarkan kitab 'Tanbihul Ghofilin').


 -Tuk Ki 
(Daripada talib kepada mukallaf)   

    

No comments:

Post a Comment