MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Monday 26 September 2011

SOLAT JUMAAT YANG SEMPURNA


.(N1) NUKILAN  DARI TAMAN-TAMAN SYURGA.

                                                                                                                                                               
                                                                                                                                                                SOLAT JUMA'AT YANG SEMPURNA


Pada umumnya apabila seseorang yang hendak ke masjid pada hari Juma'at ditanya "Nak ke mana?" Ia akan menjawab, "Nak pergi sembahyang Juma'at".Mungkin tertanam didalam kepalanya perkataan 'sembahyang'. Mungkin juga dia memahami asalkan dapat dia mendirikan dua raka'at solat Juma'at maka sempurnalah kejawipannya terhadap Allah S.W.T .Jika ini lah fahamannya maka rugi besarlah ia pada hari itu.

Dalam surah Al Jumu'ah ayat 9~11 hendaklah dihayati dan dalam ayat 9 itu Allah S.W.T berfirman terjemahannya,


"Hai orang-orang beriman, apabila diseru (azan) untuk menunaikan solat pada hari Juma'at , maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkan jual beli (pekerjaan). Yang demikian itu lebih baik bagi kamu JIKA kamu mengetahui".

Apa yang perlu ditekankan ialah apabila azan pertama diseru kita hendaklah terus meninggalkan apa jua pekerjaan dan urusan yang sedang dilakukan dan wajib bersegera hadir ke dalam masjid. Ini termasuklah peniaga disekitar masjid dan pelanggan mereka. Sudah lumrah kita melihat ada pelanggan masih makan dan minum ketika itu.

Perbuatan ini adalah haram! Ia dengan jelas melanggar suruhan Allah Taala.

Seperkara lagi yang perlu ditekankan iaitu sangkaan segelintir orang bahawa keperluan mendirikan dua raka'at solat Jumaat sahaja tetapi mengabaikan khutbah yang disampaikan khatib.Setelah mendengar DUA khutbah dan mendirikan DUA raka'at  solat barulah selesai dan sempurna solat Juma'at kita. Semoga solat Juma'at kita yang akan datang akan lebih sempurna lagi dan mendapat keredhaan Allah S.W.T, Insyaallah.

Wallahua'lam.                    

Tuk Ki
Video: perkara-perkara sunat dilakukan
           pada hari Jumaat.                                      

No comments:

Post a Comment