( N 24 ) NUKILAN DARI TAMAN SYURGA
ILMU TAUHID / AQIDAH Bah. 3
(Sambungan dari Tuuhid bah 2)
KEWAJIPAN SETIAP MUKALLAF (AKIL DAN BALIGH)
Diwajibkan pada syarak ke atas setiap orang yang mukallaf untuk mengenal Allah Taala, iaitu untuk menengetahui segala hukum yang berkaitan sifat-sifatNYA dan segala hukum yang berkaitan dengan ketuhananNYA dan mengetahui segala dalil-dalilnya. Begitu juga mengenai segala perkara berkaitan dengan RasulNYA.
Mengenal Allah Taala bukan untuk mengetahui hakikat zatNYA , kerana kita yang baharu tidak dapat mengenal yang qadim. Kita boleh mengenalnyaNYA secara jazam (pasti) yang menepati waqi'i (yang sebenar) yang mana hasil jazam itu datang dari dalil-dalil. Berdasarkan kriteria ini barulah kita beriktikad dengan yang betul.
Wajib pada syarak kita mengetahui segala yang wajib pada hak Tuhan kita dan apa yang mustahil atasNYA dan apa yang harus bagiNYA.
Wajib juga mengetahui apa yang wajib pada hak sekelian Rasul (salam dan selawat bagi mereka)yang mustahil dan yang harus bagi mereka.
MAKNA WAJIB PADA SYARAK.
Wajib pada syarak ialah apabila dikerjakan dapat pahala dan apabila ditinggalkan akan disiksa. Umpamanya, mengetahui adanya Allah Taala akan diberi pahala dan jika tidak mengetahuinya akan disiksa.
DALIL WAJIB, MUSTAHIL DAN HARUS.
Setiap mukallaf diwajibkan secara fardhu a'in untuk mengetahui dalil setiap yang wajib, yang mustahil dan yang harus agar dia tidak menjadi orang yang taklid (pak turut) , yakni, tanpa mengetahui dalilnya. Orang sebegini akan menanggung dosa selagi dia tidak belajar.
1. DALIL IJMALI (UMUM)
Ia adalah suatu dalil di mana seseorang itu tidak berupaya menetapkannya (menyatakan sebagaimana dituntut) dan menghuraikan segala yang subahat (kesamaran). Umpamanya, seseorang berkata, alam ini ialah dalil adanya Allah Taala. Tetapi jika ada penentangan dia tidak mampu menghuraikannya sebagaimana dituntut. Walaubagaimanapun, dia telah terkeluar dari kategori taklid.
2. DALIL TAFSILI (TERPERINCI)
Ia adalah dalil yang mampu menetapkannya dan menghuraikan segala subahat yang ditanyakan kepadanya.
YANG WAJIB DAN YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH
* Wajib bagi Allah Taala, zat yang Maha Tinggi, mempunyai sifat kesempurnaan. Sifat kesempurnaan yang patut bagi Allah Taala amat banyak hanya Allah SWT yang mangetahuinya. Maka wajib disabitkan kepada Allah Taala secara ijmal (umum).
* Setiap sifat kekurangan itu adalah mustahil bagi Allah Taala yang mana terlalu banyaknya, Allah Taala jua yang mengetahuinya. Oleh itu wajib disucikan sifat-sifat ini daripada Allah Taala secara ijmal (umum).
DALIL ALLAH BERSIFAT KESEMPURNAAN
Sifat kekurangan pada Allah Taala itu mustahil, kerana jika Ia bersifat dengan kekurangan nescaya Ia tidak menjadikan sesuatu pun pada alam ini. Oleh kerana itu terbatallah (tidak benar), kerana alam ini telah ada dengan musyahadah (dapat disaksikan).
Bersambung...Insya Allah.
Wallahua'lam.
( Nukilan ini adalah sebagai 'pembuka selera' kepada pembaca dengan harapan akan berputik minat untuk belajar ilmu Tauhid dengan membaca kitab dan berguru dengan guru yang mahir).
*Sumber: kuliah berdasarkan kitab Faridatul Faraid dan risalah Al Misbah Al Munir
- Tuk Ki
(Dari talib kepada mukallaf)
YA ALLAH! AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA MENGAMBIL BALIK SEBAHAGIAN DARI KEUPAYAAN FISIKAL KU TETAPI BUKAN MENGAMBIL IMAN KU TERHADAP MU! tuk-ki-jemaah.blogspot.com
MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati
MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!
Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu! Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.
Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.
Friday, 5 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment