21 SYA'ABAN 1434 H
( I 36 ) ILHAM ILAHI
PUISI / SAJAK
KU LIHAT SI PENGHUNI HATI.
Di dalam sujud
si mata kalbu meronta meneroka
dan menyingkap hijab diri kendiri
dan mencari permata di dalaman dasar
kalbu yang hidup berdenyut-denyut.
Memuji namaMU dan menyaksi bukti kewujudanMU
sekalipun hanya bernilai satu kenderi
di sisiMU ya Khalik.
Dengan izinMU
tabir berkabus terus menipis
terkesan dengan zikir memujaMU.
Zikir yang padu dari yang ikhlaskan diri
berulang dan berulang berarak menuju ke ufuk masa.
Berdikit-dikit cahaya mutiara
menjelma diri
dari dalam diri yang ini.
Hati SADRUN menyaring ilmu.
Benak menujah dengan cemburu
dan sentiasa menanti agar disiram zikir berbaja.
Zikirlah...zikirlah...
Ya 'Alim...ya 'Alim...ya 'Alim...
IlmuNYA yang nyata dan yang tersembunyi,
yang halus dan yang kasar,
yang awal dan yang akhir.
Ya Hakim... ya Hakim... ya Hakim...
Yang tidak terhalang ketetapanNYA,
yang tidak terubah hukumanNYA,
yang membuat keputusan terhadap makhlukNYA.
Ya Fattah... ya Fattah... ya Fattah...
Yang membuka tiap-tiap yang terkunci,
yang mengurnia hidayah supaya terbuka segala kesamaran
kerana padaNYA kunci perbendaharan yang ghaib.
Hati QALBUN membina iman.
Limpahan keyakinan berpaut kepada taliNYA.
Walau dihumban ke dasar bermacam pedoman.
Jika tenggelam, tenggelamlah dengan kepercayaan yang unggul,
yakni,
tentang yang terlihat,
tentang yang ghaib.
Zikirlah...zikirlah...
Ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Tarikan lidah,
basahkan bibir,
tetapkan hati.
Nescaya tergenggam kekuatan ditangan
guna merejam nafsu yang ingkar.
Hati FUADDUN, katanya sekelopak hati dihuni Islam.
Menyanjung dengan azam keta'atan
dan menyempurnakan segala yang diwajibkan
lalu buktikan bukan pada diri yang lain.
Zikirlah...zikirlah...
Laa Ilaha Illallah...laa Ilaha Illallah...laa Ilaha Illallah...
disemadikan penafian kewujudan yang lain
lantas meisbatkan yang hak hanya Allah!
Lantunan dari yang empunya diri
lalu lemas di dalam keesaanNYA.
Hati LABBUN acapkali bertanya perihal Tuhan.
Kerana benih tauhid tersemat bersama-sama.
Rasa hati pernah berbicara
tetapi di mana,
namun hati berbisik
jangan lalai, tiada alpa.
Zikirlah...zikirlah...
Allah...Allah...Allah...
Nama Zat Tuhan yang disembah.
Zat yang mutlak.
Tenang hati kerana mengingatiNYA.
Tenteram jiwa kerana mengenaliNYA.
Kental iman ialah matlamat.
Berdegupnya hati ditunggangi kalimah Jalalah
Allah...Allah...Allah...
Bertempo dan bersuara dengan kehendak Azawajalla
yang Maha Suci dari dampingan.
Hati NAFSUN hati makrifatullah.
Kenal DIA kewajipan insan
yang bermusafir atas bumi Allah menuju Allah.
Kembali kepadaNYA tanpa dipinggirkan.
Zikirlah...zikirlah...
Ya Hu...ya Hu... ya Hu...
Selagi jantung berdenyut.
Selagi nafas turun dan naik.
Meletakkan zikrullah pada tempatnya.
Lapang dan nyaman,
penghibur dan peneguh jiwa yang tekun
pasti menjadi insan yang siaga
dan mencitakan hamba yang diredhaiNYA.
Ya Allah...ya Zaljalal wal Ikram.
Wallahua'lam.
- Tuk Ki
YA ALLAH! AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA MENGAMBIL BALIK SEBAHAGIAN DARI KEUPAYAAN FISIKAL KU TETAPI BUKAN MENGAMBIL IMAN KU TERHADAP MU! tuk-ki-jemaah.blogspot.com
MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati
MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!
Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu! Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.
Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.
Showing posts with label Puisi / Sajak. Show all posts
Showing posts with label Puisi / Sajak. Show all posts
Sunday, 30 June 2013
Sunday, 26 May 2013
13 MEI DAN SI TUA - PUISI/SAJAK
16 REJAB 1434 H
( I 35 ) ILHAM ILAHI
PUISI/SAJAK
13 MEI DAN SI TUA
Takjub!
Aneh dan pelik.
Di kala melayan hati berarak damai
dihembus sepoi-sepoi bayu yang aman,
tiba-tiba badai melanda dengan tempikan
dari pemakai-pemakai topeng pencinta bangsa,
pemakai-pemakai topeng pahlawan bangsa,
pemakai-pemakai topeng pengagong bangsa.
Lantas dipersembah santapan bara buat massa.
Yang akan mula membakar.
Mendidihkan jiwaraga.
Meruapkan dandang kebencian.
Memancutkan wap ketidakrasionalan.
Mengacah-acah dipinggir tebing gaung kemusnahan
yang memastikan
akan tertulis peristiwa sejarah hitam
dengan titisan dan percikan darah
anak-anak yang dicintai.
Jika tragedi silam diungkit-ungkit
hanya semata bagi mengambus ledakan kejutan
oleh nafsu amarah yang menggila
menyasar bagi menikus jelata,
menghamburkan kabus mengkelam suasana
dengan ketakutan dan ketidakpastian,
dan ditokok dengan ugutan tidak berperikemanusian
bermatlamat kedurjanaan mengembalikan jelata di dalam cengkaman.
Jika tragedi ini diungkit-ungkit,
tanyalah si Tua, perakam data yang terperuk di dalam memorinya!
Lalu si Tua bercerita.
Asap hitam menyelubungi pandangan di mana-mana.
Api menggunung menelan bangunan kayu dan batu.
Bau kematian dan kemusnahan menusuk ngeri.
Mayat-mayat terbujur di jalanan dan mencemar sungai.
Tentera meronda jari sensitif di picu senjata.
Menembak kelibat yang tidak patuh perintah berkurung.
Biar sesiapa baik Cina atau India atau Melayu!
Pintu dan jendela terpaut rapat.
Keringat ketakutan terkunci bersama di dalam.
Bahkan tersemat di kepala dengan kebencian dan dendam kesumat
hingga ke hujung masa.
Hanya masa dan pupukan mental memupus bara.
Dan yang pergi membawa memori di dalam pusara.
Ia begitu lama!
Lalu si Tua menyapa dan bertanya kepada si Muda.
Kamu menginginkan tragedi itu diputar semula?
Memperjudikan nasib anak-anak dan keturunan nasabmu?
Mempunahkan segala yang kamu bina selama ini?
Memustahilkan impian yang boleh dijangkau?
Jauhkan diri daripada mudah bertukar watak.
Semata kerana ransangan terlampau.
Bebaskan minda,
pekakan persekitaran,
tatap realiti.
Pegangkan tali dan panduan agama.
Bukan ini cara penyelesaian.
Berkasih sayang berprasangka baik
adalah matlamat mutlak dan abadi,
dari dunia hingga Tuhan dihadap.
Janganlah tragedi ini diungkit-ungkit lagi.
Biar ia tenggelam ke dasar lautan sejarah
untuk teladan dan sempadan.
Si Tua meminta.

Wednesday, 5 December 2012
SAJAK/PUISI : WAHAI GAZA! MAAFKAN KAMI
21 Muharram 1434
( I 30 ) ILHAM ILAHI
PUISI / SAJAK : WAHAI GAZA! MAAFKAN KAMI
WAHAI GAZA!
Engkau adalah cebisan belulang
dari sekujur tubuh mulia yang sedang dibaham
penjarah-penjarah pelahir Dajjal.
Kuat tetapi pengecut.
Gagah tetapi berselindung
membayangi badut-badut bermuka.
Maafkan kami wahai Gaza!
Kerana hanya menelan berita-berita.
Kerana hanya menganalisis strategi.
Kerana hanya menangisi sejenak.
Kerana hanya ribut se pintas.
Kerana hanya retorik berkesempatan kerana habuan.
Kerana hanya luahan yang bermusim.
Kerana hanya letusan bom dan misil merangsang golakan hati.
Kerana hanya bijak menduga episod yang akan berulang.
Kerana hanya kembali memaling kepada kelunakan diri sendiri.
Kerana hanya reaktif dengan mengisi tabung-tabung simpati.
Maafkan kami wahai Gaza!
Kerana kami tidak sepenuhnya memahami.
Kerana kami tidak dapat menyelami.
Kerana kami tidak menghayati.
Kerana kami lari bersembunyi dengan dalih tersendiri.
Kerana kami menikus terlalu lama hingga terlena menyepi.
Kerana kami lalai dengan anugerah duniawi.
Kerana kami cintakan harta-harta kami.
Kerana kami cintakan keluarga kami.
Kerana kami impikan syurga dengan cara bukan sebegini.
Kerana kami takut disinggahi badi para syuhada yang pergi.
Mungkinkah kamu memaafkan kami, wahai Gaza?
Padahal kamu ialah cebisan belulang bumi yang diberkati.
Padahal kamu ialah bumi menyeluruh untuk ditebusi.
Padahal kamu bermatlamatkan pembebasan al Aqsa dari dimusnahi.
Padahal kamu peluang bermulanya kebangkitan sebelah sisi.
Padahal kamu ialah amanah wajib kami mewarisi.
Padahal kamu ialah daging dan darah kami.
Padahal kamu bakal lenyap dikit demi dikit jika tidak dipeduli.
Layakkah kami,
layakkah kami untuk kamu memaafi?

Saturday, 22 September 2012
PUISI / SAJAK: PENZIARAH DARI MALAKUT
( I 27 ) ILHAM ILAHI
PUISI / SAJAK : PENZIARAH DARI MALAKUT

Sekilas ditakdirkan suatu kehadiran.
Engkau, penziarah aneh.
Sebingkas rohku menyambutmu.
Hadirmu sungguhpun sekerdip
tetapi akan terakam menjadi kilauan khazanah
yang diselimuti kabus mistik
menemani nyawaku
menjadi penggera jiwaku.
Terpaku engkau di sisi dan...
menelitiku
dengan panahan pandangan
yang meninjau lantas meresap di kalbu.
Penziarahanmu memukau alamku.
Tika waktu, hari dan bulan yang mulia ini.
Sekilas ku tenung wajahmu
dari seorang dewasa matang
berwajah serius tetapi tenang
dibaluti jubah, nipis berjambang
berjisim teguh, berdiri tegas.
Wahai penziarah!
Siapakahkah engkau?
Wahai penziarah!
Siapa yang mengiringimu itu?
Berbalam-balam di saf belakangmu.
Dua tubuh samar seolah menunggu isyarat darimu.
Tubuh-tubuh yang taat harus tidak perlu berwajah.
Ada misi diiring bersama?
Ukirkan hasratmu!
Jangan hadiahkan daku dengan kesamaran jua.
Setelah sekerdip engkau berlalu.
Wahai penziarah!
Ziarahmu menyergamkan bekas sebesar Uhud.
Tersepadu dan tersejiwa bersama benakku.
Akan terpahat menunggu terpecah berainya
langit dan bumi di alamku.
Sesungguhnya membisu engkau, wahai penziarah,
menusuk merdu bisa ke dalaam jisim ini.
Kerana saat berlalu adalah detik peringatan...
sehingga kini.
Minda analitis menganalisa pasti
mesejmu yang tersembunyi
dalam sekerdip ziarahmu.
Wahai penziarah budiman!
Terjahan syukur menggelodak dadaku.
Kerana lawatanmu menggerunkan kalbu
tetapi dengan penuh keamanan
membuat diri digenang kesyahduan
terhadap Yang Maha Pencipta.
Kerana kini terlerai sudah.
Aku mengerti kehadiranmu.
Engkau penziarah yang sedang bertugas
acap kali mengucapkan salam setiap kali engkau menziarah
dan mengharap dijawab dengan Zikrullah
bukan dengan kelenaan dunia.
Wahai penziarah!
Amat tekun meluangkan masa
semata terpakumu
untuk menelitiku
dan aku tahu tempat asalmu.
Engkau ialah penziarah dari Malakut!
(Nota: sebuah hadis Nabi s.a.w. diantara lain menyatakan malaikat Maut,Izrail, menziarahi kita 70 kali setiap hari).

Friday, 15 June 2012
PUISI / SAJAK : WAWASAN HIJRAH 1453
( I 21 ) ILHAM ILAHI
PUISI/SAJAK :
WAWASAN HIJRAH 1453
Di kanvas lukisan maya
ada wajah figura merenung jauh.
Dua puluh tahun mendatang
masa yang melingkari bumi
masa yang mendakapi diri.
Bisa melemaskan dalam kepantasannya.
Telah diturunkan dalam sumpah agungNya.
Demi masa...
Apakah ini yang dihasrati?
Dua puluh tahun dari detik ini.
Masa yang telah kita suburi dengan gejala-gejala.
Disemai dengan bangga hati
dari dusta halusinasi yang disanjungi,
demi kemaraan ke puncak fisikal semata.
Kita akan mendabik dada dan mengangkat muka
kerana menggenggam senarai berjela.
Kita ada bangunan yang tinggi-tinggi,
para ilmuan duniawi yang berilmu tinggi,
angkasawan ke angkasa tertinggi,
cita-cita yang tiada kuasa boleh henti.
Tidak kurangnya anak-anak liar di disco-disco,
sekolah-sekolah ibu muda yang berzina,
penjenayah menerjah bak kala primitif,
penjara-penjara tersergam kukuh,
pemimpin-pemimpin dayus dan durjana.
Bahkan dihuni futuris yang materialistik.
Si kapitalis siaga mendengus pantas merakus,
sebagai sang kelembai jadian.
Bisa menyumpah jelata jadi batu-batuan.
Berfatwakan akal bertalikan nafsu.
Dijangka keuntungan berlipat dan berganda
tetapi dituai sebuah keruntuhan nestapa.
Demi masa...
disumpah dengan azabNya.
ATAU
Apakah ini yang mutlak yang diidami?
Masa pilihan yang telah mesyahdukan kesegaran insan
dengan bibit-bibit yang hak
telah lumrah melunaki dan menembusi kelopak-kelopak hati
dengan pesanan dan panduan Yang Maha Agung.
Sudah pasti menjadi kepastian.
Seperti terbukti di zaman kegemilangan.
Serapan Al Quran dan sunah Nabi menjadi kenyataan.
Menyatukan umat dan taulan.
Kerana sifatnya adalah kesejagatan.
Namun ketamadunan di cerna
dibayangi Agama murni abadi.
Umpamanya dilandas atur cara jentera ekonom dari langit.
Tiada lagi si papa tidak terbela.
Para peniaga meriah dengan pelanggan yang ada daya.
Hasil bumi dan hasil usaha diberkati sentiasa.
Aliran kekayaan dari zakat dan jizyah
ditebar semula kepada jelata.
Ditadbir oleh yang jujur lagi amanah dengan keredhaan,
kerana menggigil ketakutan melihat dosa-dosa.
Kita akan bertawaduk dengan pencapaian demi pencapaian,
apabila model ini dicerapi oleh penghuni dunia.
Jika terpacul suara-suara laksana gesekan biola yang sumbang,
katakan, ya! kami insan idealis yang meinginkan kesempurnaan.
Kerana ianya sebuah fitrah yang juga berkembar dalam dirimu.
Sentiasa mewawas yang murni dan yang indah-indah.
Demi masa...
dijanjikan tidak lain selain syurgaNya.

Wednesday, 30 May 2012
PUISI / SAJAK : IMPAK PEMERGIAN MU
( I 18s ) ILHAM ILAHI
PUISI / SAJAK
IMPAK PEMERGIANMU
Dalam kesenyapan suara yang membisu
hati ini memendam rahsia kesunyian.
Menyapa diri di atas pemergian dan ketiadaanmu.
Membikin hati meronta lembut
memastikan kesinambungan terus terjalin
dengan limpahan gerimis hadiah dan santapan.
Agar rohmu dan juga roh-roh mereka
diampuni dan dirahmati
segar di alam barzakh.
Buat arwah sekelian dihulurkan;
ini amalan kami
ini ibadah kami
ini do'a kami.
Agar mengisi kelompangan dengan izinNYA.
Impak pemergianmu.
Menerbitkan cahaya di celah-celah
hidup yang zulumat.
Tiba-tiba muncul siraman renyai-renyai hidayah
yang menyegarkan kembali tumbuh-tumbuhan
yang terbantut dek racuc-racun dunia.
Menggilap ratna terselaput
daki-daki kejahilan
dan kedegilan.
Tatkala diperangkap hijab-hijab di setiap penjuru,
hanya dengan secebis taufikMU,
bersandar musabab impak pemergianmu,
seolah-olah dayuan pujukmu,
lantas kami intip apa yang ada di sebelah sana.
Masya Allah!
Terang benderang
kehijauan melata mencecah infiniti!
Untuk diterokai.
Impak pemergianmu.
Hakikatnya ia suatu kehilangan.
Bahkan ia juga gandaan keinsafan.
Hakikatnya ia suatu pengorbanan.
Bahkan ia juga gandaan kurniaan.
Hakikatnya ia suatu kematian.
Bahkan ia juga berkat kehidupan
buat aku dan kami yang pasti menyusulimu.
Impak pemergianmu,
laksana ledakan impak sebutir meteor
yang membawa kesejahteraan.
(Segar dalam kenangan, puteri remajaku, Syafiqah; dan juga asal usulmu yang telah kembali kepadaNYA. Ya Allah, sertakan roh mereka bersama-sama para solihin. Kami hadiahkan Al Fatihah.)

Thursday, 12 April 2012
PUISI / SAJAK RAP - TABIB MUSLIHAT 2
( I 15 ) ILHAM ILAHI
TABIB MUSLIHAT 2* ( SAJAK RAP )
Berita bertiup Tabib Muslihat dah terjebak.
Aku terdengar macam rasa masin perak.
Tabib Muslihat terpaksa menukar rentak.
Bersara terus dan muka betul-betul sebak.
Pengampu-pengampu jaga kain jangan terselak.
Sekali sekala Tabib Muslihat terpaksa ditegak.
Kerana perut sememangnya dah sengkak.
Dek 'jasa' Tabib Muslihat bukan kecil anak.
Dulu bo-lui , sekarang dalam bank dah terlalu sesak.
Berita bertiup Tabib Muslihat sebenarnya tidaklah bijak.
Tindak tanduk kadang-kadang Tabib Muslihat tersepak.
Tetapi tidak menerima hakikat yang itu dari al Haq.
Terus tersasar menggunakan akal bagai nak rak.
Tabib Muslihat menyangka dirinya terlebih bijak tdak boleh tidak.
Hukum Allah ditafsir bagai budak-budak.
Bila dijawab terdiam pulak.
Selagi ilmu agama tidak diambil dari rak-rak.
Bersama guru pondok meneliti yang hak.
Kembalilah ke pangkal tetapi jalan berbecak.
Terpalit lumpur tak dapat dielak.
Yang Khaliq akan menjemput dengan baik hanya kepada yang layak.
Umur mu tua bila-bila akan diajak.
Taufik dan hidayah aku do'akan moga engkau terserempak.
Sebelum nyawa sampai ke khalkum dekat dengan tekak.
Berhadapan Mizan Allah dah tak boleh tembak-tembak.
Ya Rab! matikan kami dalam khusnul khotimah itulah sebenar-benar bijak.
Amin, amin, amin ya Rab al 'Alamin.
- Tuk Ki
* Tabib Muslihat 1 - sila klik disini.

Saturday, 4 February 2012
PUISI / SAJAK RAP - TABIB MUSLIHAT 1
(I 11) ILHAM ILAHI
TABIB MUSLIHAT 1 ( SAJAK RAP )
Denyutan...nyut...nyut...bip...bip.bip...nyat..
Tabib Muslihat meloncat.
Ia pasti mati...ia pasti mati...perlu dioperate!
Angkat aku jadi ketuamu, wahai tabib-tabib kurang muslihat.
Aku layak untuk operate.
Bedah bukan operate!
Aku cakap bukan bedah tapi operate!
Aye! Aye! Angguk tabib-tabib kurang muslihat.
Aku sangat sanjung Tabib Muslihat.
Tabib Muslihat engkau cukup berbakat.
Semangat kental hatimu bulat.
Yang uzur, yang nazak dapat diselamat.
Yang mati dihidupkan ... itulah Tabib Muslihat!
Tabib-tabib yang kurang muslihat ada yang kagum melihat.
Dunia ketabiban takjub tersangat.
Awas! Tabib-tabib yang diisytihar musuh meyerang dengan kuman yang hebat,
dapat diserap oleh Tabib Muslihat.
Aku hampir-hampir menyembah Tabib Muslihat.
Denyutan...nyut...nyut...bip...bip.bip...nyat..
Aku baca berita dan terperanjat.
Seluruh negara merata tempat.
Kelakuan zombie-zombie yang jahat-jahat.
Serangan frankenstein-frankenstein dah melarat-larat.
Ungkapan "Mana ada tempat selamat."
Side effect...kesan sampingan yakinnya tabib-tabib kurang muslihat.
Yang dioperate Tabib Muslihat menerima akibat!
Hatiku mula berdebat... apa yang tak kena Tabib Muslihat?
Hening pada suara , huru-hara pada hakikat.
Tak disangka-sangka Pembongkar rahsia membocor kesilapan Tabib Muslihat.
Sabelum operate Tabib Muslihat tidak pernah bermunajat.
Juga tidak pernah solat hajat.
Tidak pernah baca Bismillah supaya berkat.
Zahir membaca Umul kitab tapi di dada tidak disemat.
Aku kecewa dan remuk hati teramat sangat.
Sebelum aku berhijrah ke alam akhirat,
aku mesti cari tabib-tabib yang bebas muslihat.
-Tuk Ki
*** Tabib Muslihat 2 klik disini

Friday, 16 December 2011
PUISI / SAJAK- DI AKHIR SENJA /HUDUD -zina, qazaf, arak, curi, rompak,syial, murtad, tidak solat
(N8) NUKILAN DARI TAMAN SYURGA
HUDUD (HUKUMAN)
Hudud ialah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala dalam Al Quran yang tidak boleh diubah-ubah oleh manusia.
ZINA
Orang yang melakukan zina ada 2 jenis:
1. Pelaku yang sudah berkahwin
2. Pelaku yang belum berkahwin.
Orang berkahwin hukumannya adalah rejam sampai mati, manakala yang belum berkahwin hukumannya 100 kali sebatan dan buang daerah selama 1 tahun sejauh jarak yang boleh diqasarkan solat ( 81 kilometer dan lebih).
Syarat-syarat yang berkahwin ada 4
1. Baligh
2. Berakal
3. Merdeka
4. Terdapat persetubuhan pada nikah yang sah.
Hukuman meliwat dan mendatangi binatang adalah seperti hukum zina. Sesiapa yang menyetubuhi tidak pada kemaluan perempuan ( seperti bahagian dubur dan bahagian lain) akan dihukum dabawah ta'zir ( hukuman yang tidak terkandung dalam Al Quran yakni yang dibuat oleh pemerintah),tidak boleh sampai ke batas hukum hudud yang paling minima.
QAZAF (MENUDUH SESEORANG BERZINA) - HUKUM-HUKUM
Apabila berlaku pertuduhan seseorang melakukan zina, maka keatasnya had qazaf dengan 8 syarat, 3 darinya pada si penuduh iaitu:
1. Sudah baligh
2. Berakal
3. Bukan ibu / bapa kepada tertuduh.
Baki 5 syarat pada tertuduh iaitu:
1. Seoarang Muslim
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Menjaga kehormatan diri.
Dihukum orang merdeka 80 kali sebatan dan hamba 40 kali.
Gugur hukuman qazaf dengan 3 perkara:
1. Mengadakan baiyinah (keterangan saksi)
2. Atau dimaafkan oleh tertuduh
3. Atau li'an (laknat) pada hak isteri.
HUKUMAN MINUM ARAK
Sesiapa yang meminum arak atau pun mengambil benda yang memabukkan dihukum 40 kali sebatan. Boleh sehingga 80 kali dalam bentuk ta'zirdan wajib keatasnya dengan salah satu perkara: Baiyinah atau ikrar , dan tidak dihukum kerana muntah dan kerana tercium bau arak padanya.
HUKUMAN MENCURI
Dipotong pergelangan tangan pencuri dengan 3 syarat:
1. Ia sudah baligh
2. Berakal
3. Ia mencuri nisab (bilangan) yang nilainya bersamaan dengan seperempat dinar (9.5 gram emas) atau lebih yang diambil dari tempat simpanan yang selayaknya , bukan miliknya dan bukan berlaku syubhah (ragu) pada harta yang dicuri darinya.
Kesalahan pertama dipotong pergelangan tangan kanannya. Jika ia mencuri lagi dipotong pergelangan kaki kirinya. Jika mencuri kali ketiga dipotong pergelangan tangan kanannya dan jika masih mencuri kali keempat dipotong pergelangan kaki kanannya. Kalau ia masih mencuri maka boleh dijatuhkan hukuman ta'zir seperti penjara atau lebih berat.
HUKUM-HUKUM PEROMPAK
Perompak ada 4 jenis:
1. Jika mereka membunuh dan tidak mengambil harta , mereka hendaklah dihukum bunuh.
2. Jika mereka membunuh dan merampas harta, hendaklah dibunuh dan disalib.
3. Jika merampas harta tetapi tidak membunuh, hendaklah dipotong tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka secara berselang seli.
4. Jika mereka mengganggu jalan (ketenteraman awam) , tidak membunuh dan tidak mengambil harta, mereka hendaklah dikurung dan dita'zir.
Barangsiapa dari mereka bertaubat sebelum berjaya ditangkap, maka jatuhlah darinya hukuman (gugur hukuman) dan mereka dituntut dalam hak sesama manusia.
HUKUM-HUKUM SYIAL (MEMBUNUH KERANA MEPERTAHANKAN DIRI)
Sesiapa dalam mempertahankan dirinya, atau hartanya, atau isterinya, telah menjadi seorang pembunuh maka tiada ganti rugi atasnya.
Keatas penunggang binatang (kenderaan) diwajibkan membayar ganti rugi dengan sebab apa yang dirosakkan oleh binatang (kenderaan) tunggangannya.
Dihukum ahli baghyi (pemberontak) dengan 3 syarat:
1. Mereka memiliki kekuatan, kelengkapan perang.
2. Mereka benar-benar keluar dari cengkaman Imam.
3. Bagi merka ta'wil yang tidak dapat diterima.
Tidak dibunuh tawanan, tidak dirampas harta mereka, dan yang cedera tidak boleh dihabiskan jiwa mereka (dibunuh).
MURTAD
Sesiapa yang murtad dari Islam akan diminta bertaubat dalam masa 3 hari, dan jika ia bertaubat maka ia dibebaskan. Jika tidak ia akan dihukum bunuh, tidak dimandikan, tidak disembahyangkan dan tidak ditanam di perkuburan orang Islam.
HUKUM-HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat ada 2 jenis:
1. Seorang yang meninggalkan solat dan tidak beri'tikad (berpegang teguh) bahawa solat itu wajib, maka hukumnya mengikut hukum murtad.
2. Ia meninggalkannya kerana malas sedangkan ia beri'tikad solat itu wajib keatasnya, maka ia diminta bertaubat. Jika ia bertaubat dan mengerjakan solat, ia dimaafkan , jika tidak ia dihukum bunuh cara had dan hukumnya adalah hukum orang Muslim ( dimandi,dikafan,disolat, dikebumikan sebagai seorang Islam).
Wallahua'lam.
(Posting akan datang: JENAYAH / QISAS)
Sumber: kitab 'Mukhtasar Abi Syuja' dan kuliah.
Video: terbukti keberkesanan apabila hukum Allah
dilaksanakan di Arab Saudi - kadar jenayah paling
rendah di dunia.
Tuk Ki
_____________________________________________________________
(I 8) ILHAM ILAHI
PUISI / SAJAK
DI AKHIR SENJA
Di kala fajar
kamu berlabuh di pelabuhan yang rahim.
Disambut kegembiraan
penuh kegusaran.
Naif dalam alammu
dilayar ibu ayahmu.
Di kala dhuha
langit rupanya luas.
Bumi merayu terokailah aku.
Lalu terbang persis layang-layang.
Siapa aku
untuk apa aku begini.
Di kala zohor
pendakian ini tidak kamu temu puncaknya.
Kerap terhantuk
kadang-kadang jatuh.
Cita-cita murni sering dikabusi
kelompangan yang amat nyata.
Di kala asar
yang dihidayahi pantas bangun dari perbaringan.
Yang dalam zulumat enggan menyapa cahaya yang melintasimu.
Untuk mengutip mutiara atau hanya tulang belulang
atau mengambil najis diselaputi emas.
Lalu kamu mengintai giliran maghrib.
Di kala senja
tika yang tepat membeli masa
dengan ilmu untuk digilap.
Bukannya seperti mereka menjual masa
dengan kepayahan yang dicipta.
Katanya "Masa yang berlalu adalah barangmu yang paling jauh dengan kamu,"
katanya lagi "dan mati adalah barangmu yang paling hampir dengan kamu."
Kamu tiba di sini, tika di akhir senja.
Menyusul kamu sebagai pengemis
atau pedagang yang untung
dianugerah darjah bijaksana.

Tuesday, 15 November 2011
MENJELANG KEMATIAN / PUISI/SAJAK - HIJRAH OASIS / TERAPI TERBAIK
(N6) NUKILAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA
MENJELANG KEMATIAN.
KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH KEHIDUPAN SEBENAR.
Di dalam surah Al Ankabuut ayat 57~59 Allah Ta'ala berfirman
"57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami* kamu dikembalikan.
58, Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya , mereka KEKAL di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang yang beramal.
59. Iaitu yang bersabar** dan bertawakkal kepada Tuhannya."
*Kami - (bukan Aku) menunjukkan maha berkuasaNya Allah S.W.T.
**bersabar - sabar mempunyai makna yang lebih luas dari perspektif ibadah, bukan semata-mata makna secara literal tetapi termasuklah sabar dalam mengerjakan ibadah, sabar menahan nafsu amarah dari mengerjakan maksiat/dosa, dll.
SAKARATUL MAUT.
Ketika kita sedang menghadapi sakaratul maut, 4 malaikat akan menjelma di hadapan kita dan memberitahu berita-berita tentang saat-saat terakhir hayat kita sebelum kedatangan malaikat maut atau Izrail.
Malaikat pertama menyatakan REZEKI kita telah kehabisan.
Malaikat kedua menyatakan AIR untuk kita telah kehabisan.
Malaikat ketiga menyatakan NAFAS kita telah kehabisan.
Malaikat keempat menyatakan AJAL kita telah tiba.
Semasa Izrail (yang turut diiringi oleh dua malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab dengan tugas masing-masing ) mencabut nyawa, kita akan diimbas (seolah-olah satu preview) oleh malaikat Raqib dan 'Atid buku catatan sebelah kanan, iaitu catatan kebajikan semasa hidup kita dan buku catatan sebelah kiri iaitu buku catatan kejahatan dan dosa-dosa yang telah dilakukan. Di waktu itu di mana nyawa telah sampai ke khalqum pintu taubat telah tertutup buat selama-lamanya.
Tuk Ki - Semua orang takutkan mati, tetapi biarlah kita takut kerana takut-takut kita mati secara mengejut dan tidak sempat untuk bertaubat. Bekalan kita untuk ke akhirat mungkin tidak mencukupi atau kebajikan kita disangka telah banyak dibuat tetapi sayang banyak pula yang ketirisan. Na'uzubilah min zalik..
Wallahua'lam.
_________________________________________________________________________________
(I 6) ILHAM ILAHI
(Khas buat sesiapa yang sedang berhijrah atau merancang untuk berhijrah meninggalkan perkara-perkara yang menjadi celaan Allah Ta'ala menuju kepada keredhaanNya.Ini adalah bersempena dengan kehadiran Ma'al Hijrah 1433).
HIJRAH OASIS

Pergimu adalah
hijrah seorang pelombong.
Memencil dari selembah lombong kekayaan.
Mencengkeram dadamu
dan menjulang dunia.
Berkat do'a asal usulmu.
Ribut iman melanda.
Hijrah! ya, hijrah!
Merentas gurun sebagai si kelana yang meyerah jiwa dan raga.
Ketegaran takwa gagah memerisaimu
Menyusur wadi yang payah sambil dipanjatkan harapan.
Benar yakin! ya, benar yakin!
Kerana mentari dan bintang-bintangNya tanpa jemu menunjuk laluan.
Jangan engkau gundah.
Tolehkan mukamu.
Di belakangmu benih-benih yang engkau taburkan
memputik mekar saf demi saf
menuju ke sebuah oasis bersedia menempa sejarah.
Tuk Ki
_________________________________________________________________________________
(S5) DEBUNGA-DEBUNGA SYIFA'
TERAPI TERBAIK - AL QURAN
Sebagai seorang Muslim kita mesti yakin dengan Al Quran di mana Allah Ta'ala sendiri menjamin bahawa Al Quran itu di bawah peliharaanNya sepanjang zaman. Berlainan dengan kitab-kitab terdahulu Allah Ta'ala tidak menyatakan demikian.
Mengambil berkat mukjizat Al Quran dan janji pahala yang besar kepada pembacanya, mengapa tidak kita jadikan pembacaannya satu kaedah terapi, khasnya terapi pertuturan (speech therapy) . Kalau dalam program terapi pertuturan pesakit akan diberi senarai perkataan untuk diucapkan berulang kali sebagai senaman mulut dan lidah, bacaan Al Quran adalah lebih superior kerana huruf-huruf Arab mempunyai kepelbagaian sebutan, makhraj dan tajwidnya.
Kepada penghidap angin ahmar yang mempunyai masalah pertuturan dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudah terlupa untuk membaca Al Quran, buatlah azam baru bersempena Ma'al Hijrah yang tidak jemu-jemu akan muncul sedikit masa lagi, supaya membaca Al Quran dan jadikan sebagai satu hobi atau habit harian seperti kita membaca akhbar atau berfacebook. Lebih baik lagi jika disusuli dengan memahami pengertiannya sekali.AYUH! kita BOLEH lakukan bersama-sama, Insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)