18 JAMADILAKHIR 1434 H
( N 43 ) NUKILAN DARI TAMAN SYURGA
ANEKDOT TAKWA (14): 6 PERKARA WAJIB DIJAGA.
Adalah wajib ke atas tiap-tiap Muslim yang mukallaf (yang akil baligh) menjaga dan memelihara enam perkara ini yang juga dikenali sebagai enam kulliyyat.
1. AGAMA.
Wajib menjaga dan memelihara seorang Muslim itu daripada jatuh ke dalam kekufuran dan juga memelihara agama daripada dicemari. Diwajibkan kita berperang dengan orang-orang kafir yang memerangi agama (kafir harbi). Diwajibkan orang Muslim bersatu-padu, meyediakan kekuatan, bermesyuarah, mengukuhkan silaturahim untuk mempertahankan agama.
2. NAFSU.
Wajib memelihara nafsu daripada mengerjakan perkara-perkara yang membinasakan dan memudharatkan diri.
3. AKAL.
Wajib memelihara akal daripada kerosakan dan kehilangan akal seperti mengambil arak, dadah, dll.
4. NASAB (KETURUNAN)
Wajib atas mulkallaf memelihara nasab dengan menghindarkan diri daripada mengerjakan perkara yang merosakkan nasab seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang meransang perbuatan zina dan kelahiran anak diluar nikah.
5. KEHORMATAN DIRI.
Diwajibkan menjaga kehormatan diri dengan menjauhkan diri seseorang dari melakukan perkara yang mencemar dan menghilangkan kehormatan diri. Adalah tidak dimudahkan seorang membuat tuduhan tanpa bukti (hudud) dan penuduh akan dihukum jika menuduh tanpa bukti berkaitan kehormatan diri. Diharamkan bersangka jahat, membongkar keaiban dan mengumpat perkara yang melibatkan kehormatan seseorang.
6. HARTA.
Wajib menjaga harta daripada membawa kebinasaan dan pelanggaran hukum syarak. Kerana inilah diharamkan rasuah, makan riba', mengambil cukai, mencuri, menipu, dan sebagainya.
Perkara diatas adalah yang asas dan pokok bagi setiap Muslim memeliharanya, tetapi yang lebih penting ialah perkara AGAMA kerana jika seseorang terkeluar dari agama Islam (riddah) dengan sendirinya akan tergugur segala amal ibadatnya.
Wallahua'lam
- Tuk Ki
YA ALLAH! AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA MENGAMBIL BALIK SEBAHAGIAN DARI KEUPAYAAN FISIKAL KU TETAPI BUKAN MENGAMBIL IMAN KU TERHADAP MU! tuk-ki-jemaah.blogspot.com
MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati
MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!
Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu! Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.
Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.
Monday, 29 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment