8 REJAB 1434 H
(N 43) NUKILAN DARI TAMAN SYURGA.
APAKAH EKONOMI ISLAM ?
ALLAH S.W.T berfirman, terjemahannya:
"(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu." - Al-Hasyar ayat 7.
ISlam adalah agama yang bukan sahaja berbentuk ibadat individu dan ritual, tetapi Islam adalah satu sistem yang sempurna, merangkumi keseluruhan kehidupan manusia.
Antara keistimewaan Islam berbanding agama dan fahaman lain ialah Islam mempunyai sistem dan dasar ekonominya yang tersendiri.
Ekonomi Islam mempunyai prinsip-prinsipnya tersendiri yang unik, sebahagian kelebihannya tidak dapat dicapai oleh akal manusia.
Justru itu, sistem ini ditolak oleh golongan yang bersifat maadiyah, iaitu hanya memandang kepada objek dan kesan yang boleh dilihat sahaja.
Sistem ekonomi negara Islam tidak sama dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan Barat dan tidak sama dengan sistem ekonomi sosialis yang diamalkan Russia dan bekas jajahannya yang telah menyaksikan keruntuhan sistem ekonomi itu sendiri.
Bahkan sistem ekonomi Islam berada di pertengahan antara sistem kapitalis yang memberikan hak mutlak kepada individu dan juga berbeza dengan sistem sosialis yang menafikan hak individu secara mutlak.
Firman Allah S.W.T, terjemahannya:
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu." - Al-Baqarah ayat 143.
ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM.
APAKAH EKONOMI ISLAM ?
Ekonomi Islam sebagaimana yang difahami oleh sebahagian dari masyarakat Malaysia pada hari ini ialah muamalat perbankan Islam.
Bahkan, ekonomi Islam merangkumi semua perkara berkaitan harta.
Ini kerana definasi ekonomi itu sendiri menurut pengertian Arab ialah: 'Ekonomi ialah ilmu yang membincangkan berkaitan pengeluaran hasil kekayaan, agihannya dan cara-cara pengunaannya'.
Doktor Muhammad Arabi mendefinasikan Ekonomi Islam sebagai: 'himpunan usul umum (berkait dengan kehidupan) yang diperolehi daripada Al-Quran dan Sunnah. (Ia juga termasuk) pembinaan (kehidupan) berpandukan kepada penilaian berasaskan usul-usul tersebut berpandukan kepada semua keadaan dan semua zaman.'
Ekonomi Islam berdiri di atas dua kaedah asas yang penting, iaitu:
1. Himpunan prinsip umum yang dinaskan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Ia merupakan sumber rujukan berkaitan hukum semasa. Tidak harus menetapkan sesuatu keputusan ekonomi yang bercanggah dengan kedua-duanya sebagaimana tidak harus mengharamkan sesuatu yang tidak terdapat nas pengharaman padanya.
2. Himpunan perlaksanaan dan penyelesaian ekonomi yang diputuskan oleh ulama yang mengkaji berpandukan kepada prinsip-prinsip tersebut. Pengaplikasian ini boleh menerima perubahan berpandukan keadan dan situasi. Keputusan perlaksanaan ini berpandukan kepada metodologi usul fekah, maqasid syar'iyyah, kaedah-kaedah menyeluruh di dalam menyelesaikan permasalahan dan pemilihan pendapat antara kebaikan dan keburukan.
Sebagaimana ia mestilah berpandukan kepada kitab-kitab fekah, sejarah, sains kemsyarakatan, buku-buku tamaddun, buku berkaitan pemerintahan, hisbah dan seluruh bab-bab fekah yang mempunyai kaitan dengan pengurusan harta.
TIDAK TERHAD KEPADA FIQH MUAMALAT SAHAJA.
Berpandukan pendefinasian dan kaedah panduan ekonomi Islam, kita dapat fahami bahawa pengertian Ekonomi Islam lebih umum berbanding Muamalat Islam kerana ekonomi tidak terhad kepada kontrak dan perjanjian antara dua pihak sebagaimana yang dilihat di dalam masyarakat kita sekarang, akan tetapi ia merangkumi hal ehwal berkaitan pengurusan harta, sumber-sumber kekayaan masyarakat dan negara Islam, sama ada dari sudut membangunkan dan membelanjakan supaya bertepatan dengan kaedah yang diambil daripada nas agama dan akal manusia itu sendiri.
Justeru itu, apabila disebut Ekonomi Islam ia tidak terhad kepada fiqh muamalat dan kontrak fiqh seperti akad mudhorabah dan istisna' sahaja. Bahkan perbahasan Ekonomi Islam merangkumi semua perbincangan hukum berkaitan hasil kekayaan negara seperti pemilikan galian dan agihannya, pemilikan sumber keperluan asasi rakyat seperti air, peluang pemilikan tanah, sistem kutipan hasil dan belanjawannya serta lain-lainnya yang berkaitan dengan hasil negara, kutipannya, agihannya serta pengurusannya.
Perlaksanaan muamalat Islam melalui bank-bank di Malaysia tidak boleh dinamakan sebagai ekonomi Islam, kerana ekonomi Islam merangkumi asas dan prinsip kenapa muamalat itu dilaksanakan.
Sebagaimana jujur dan amanah menjadi ciri orang beriman, tetapi jika jujur dan amanah kedapatan pada non-Muslim, maka tidak boleh menjadikannya sebagai Muslim justeru asas kepada sifat jujur dan amanahnya tidak berasaskan kepada iman da taqwa.
Antara perbincangan terpenting berkaitan sistem ekonomi negara Islam yang diambil dari kitab-kitab fekah antaranya ialah:
1. PEMILIKAN HASIL BUMI.
2. SISTEM PERCUKAIAN ISLAM.
3. HUKUM PEMILIKAN TANAH.
4. MUAMALAT ISLAM.
Semua skop-skop ini diawasi oleh prinsip-prinsip penting ekonomi Islam yang menjadi panduan kepada sistem perekonomian negara.
Antaranya ialah:
1. HARTA NEGARA TIDAK BERLEGAR DI KALANGAN TERTENTU.
2. MENJAUHI KONSEP PERNIAGAAN DENGAN RAKYAT.
3. MENGHARAMKAN PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN OLEH ISLAM (SEPERTI RIBA, GHARAR, DLL DENGAN MELAKSANAKAN HUKUM TAKZIR).
Wallahua'lam.
(Sumber dari kuliah ustaz Haji Zaharuddin Muhammad dan buku kecil tulisan beliau bertajuk 'Asas-asas pengenalan Ekonomi dan Muamalat Menurut Islam').
- Tuk Ki
(Daripada talib kepada mukallaf)
YA ALLAH! AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA MENGAMBIL BALIK SEBAHAGIAN DARI KEUPAYAAN FISIKAL KU TETAPI BUKAN MENGAMBIL IMAN KU TERHADAP MU! tuk-ki-jemaah.blogspot.com
MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati
MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!
Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu! Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.
Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.
No comments:
Post a Comment