1. Kawal berat badan, tekanan darah...
2. Pantau paras glukosa.
3. Panduan pemakanan diebetik.
4. Gout dan pemakanan.
5. Kolesterol - ketahui amaunnya
dalam makanan kita.
6. Penyakit buah pinggang.
7. Angin Ahmar / Stroke : Apa, kenapa dan bagaimana.
8. Do'a angin ahmar / Selawat syifa'.
9. Faktor-faktor risiko serangan angin ahmar / stroke.
10. Makanan yang mengurangkan
risiko stroke / penyakit jantung.
11. Kawalan gula dalam darah - Indeks Glisemia dan Beban Glisemia.
12. Kolesterol baik, jahat dan triglycerides.
__________________________________________________________
1. KAWAL BERAT BADAN, TEKANAN DARAH, PARAS GLUKOSA, KOLESTEROL, BUAH PINGGANG ANDA.
SASARAN \ BMI-INDEKS \T.DARAH\GLUKOSA \KOLESTEROL\ HDL \ TRIGLYC
KAWALAN\ BODY MASS \ mmHg \FBS(mmol/l mmol/l mmol/l mmol/l
lelaki/wanita
BAIK <25 <24 <130/85 < 6.0 <5.2 >1.1 <1.7
MEMUAS
KAN <27 <26 <140/90 6.0 - 7.8 5.2 - 6.5 >0.9 <2.3
TIDAK ME
MUASKAN >27 >26 >140/90 > 7.8 > 6.5 <0.9 >2.3
_______________________________________________________________________
2. PANTAU PARAS GLUKOSA (GULA) ANDA
SASARAN PARAS \ SEBELUM SARAPAN\ SEBELUM MAKAN\ 2 JAM SELEPAS MAKAN
GLUKOSA
BAIK 3.5 - 5.3 3.5 - 5.8 4.4 - 6.7
MEMUASKAN 3.9 - 7.8 3.9 -7.8 4.4 - 10.0
TIDAK
MEMUASKAN >7.8 >7.8 > 10.0
*Sumber: Hospital Sungai Buluh.
____________________________________________________________________
KENCING MANIS (DIABETES)
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN SEGAR ADALAH YANG TERBAIK
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
3. PANDUAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES (kencing manis)
____________________________________
A. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Biskut manis pelbagai jenis gula
kek gula-gula
coklat aiskrim
kordial susu pekat manis
madu minuman beralkohol
jem minuman kotak
kaya minuman berkarbonat
_______________________________________________________
B. MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN
1. Bijirin dan hasil bijirin
roti putih/bijirin penuh 1 keping
nasi/mi/bihun/kuetiau 1/2 cawan
bubur nasi 1 cawan
capati/roti canai/tosai 1/2 keping
_______________________________________________________
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam = 2~3 hidangan
_______________________________________________________
minum pagi, minum petang dan minum malam = 1 hidangan
_______________________________________________________
2. Susu dan hasil tenusu
susu segar 1 cawan
susu penuh krim 4 sudu makan penuh
susu skim/rendah lemak 4 sudu paras makan
_______________________________________________________
1 hidangan 2 kali sehari
_______________________________________________________
3. Sayur-sayuran
jagung 1 tongkol (6")
ubi kentang 1 biji kecil (75gm)
lobak merah 1/2 cawan
labu 1/2 cawan
keledek/ ubi kayu 1/2 cawan
_______________________________________________________
minum pagi / petang = 1 hidangan
_______________________________________________________
makan tengah hari / malam = 1 hidangan + 2 hidangan bijirin
_______________________________________________________
4. Buah-buahan
epal/oren/lai/ 1 biji sederhana
pisang 1 biji kecil
jambu batu 1/2 biji
betik/nenas/tembikai 1 potong nipis
belimbing 1 biji sederhana
anggur 6~8 biji
______________________________________________________
makan tengah hari dan makan malam = 1 hidangan
______________________________________________________
5. Kekacang
kacang hijau/merah/dhal 1/3 cawan
kacang soya (mentah) sama
kacang panggang sama
______________________________________________________
1 hidangan 1 kali
______________________________________________________
C. MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN
Semua jenis sawi,kangkung,bayam,
sayuran kecuali kacang buncis,bendi,
jenis yang terung,tomato.
berkanji Saranan pemakanan
25~30 gm serat setiap
(= 1 cawan sayur yang
telah dimasak)
______________________________________________________
Semua cecair dan teh,teh cina,air limau,
minuman tanpa air barli
gula
_____________________________________________________
Perasa dan serbuk cili,kari, kunyit,
perencah rempah ratus,bawang,
halia,serai
_____________________________________________________
Sumber protein semua daging tanpa
tanpa lemak, ayam tanpa
lemak dan kulit, ikan bilis
tanpa kepala dan perut,
tauhu, tempe.
_____________________________________________________
*Sumber: hospital Sungai Buluh
Sayur dan buah tanpa berkanji bebas dimakan dengan amaun yg normal.
_________________________________________________________
_________________________________________________________
4. GOUT DAN PEMAKANAN
GOUT adalah sejenis penyakit akibat berlebihan ASID URIK dalam badan.
* ASID URIK ialah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil PURIN.
* Badan membuang bahan kumuhan melalui air kencing (urin).
* Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan gagal dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.
* Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
TANDA-TANDA GOUT
# Lazimnya ibu jari kaki.
# Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
# Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
# Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
# Sakit mungkin akan menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
# Boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Tophi terbentuk di siku dan jari
KOMPLIKASI
# Membentuk benjolan yang dipanggil 'TOPHI'.
# Pembentukan batu karang di dalam saluran urinari (air kencing).
# Menghidap penyakit lain atau masaalah lain seperti:
Kegemukan, darah tinggi, diabetis (kencing manis) dan hiperlipidemia.
PENGURUSAN PEMAKANAN
1. Kawal pengambilan makanan yang tinggi dengan PURIN.
2. Tingkatkan pengambilan air.
- Pengambilan air yang secukupnya boleh menggalakkan proses penyingkiran URIK ASID.
- Air perlu diambil sebanyak 6-8 gelas sehari.
3. Pengambilan karbohidrat & sayur dan buah.
- Pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti bijirin, nasi, pasta.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu proses penyingkiran URIK ASID.
4. Mengurangkan pengambilan lemak.
- Mengurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi seballiknya memilih makanan seperti ikan, ayam yang dibuang kulit dan produk tenusu yang rendah lemak.
*Kurangkan makanan yang bergoreng, mentega, marjerin dan minyak.
5. Kurangkan pengambilan alkohol (bagi non Muslim).
6. Mengekalkan berat badan yang ideal.
- Obesiti (kegemukan) akan memburukkan lagi keadaan.
- Penurunan berat badan dapat membantu mengurangkan URIK ASID dalam badan.
* Walaubagaimanapun penurunan berat badan secara berperingkat penting untuk mengelakkan pemecahan otot.
PEMANTAUAN MAKANAN DENGAN KANDUNGAN PURIN
KUMPULAN PURIN PURIN PURIN
MAKANAN TINGGI SEDERHANA RENDAH
150-825mg 50-150mg 50mg/100gm
/100 gm /100gm
*PERLU AMBIL AMBIL SECARA
ELAK SEDERHANA NORMAL
________________________________________________________
BIJIRIN ROTI BIJIRIN ROTI,NASI,
PENUH,OAT, BIHUN,
- BRAN KUETIAW,
GANDUM. BISKUT
*HAD 2/3
CAWAN/HARI
BUAH - - SEMUA JENIS
& JUSNYA
SAYUR ASPARAGUS, KEBANYAKAN
KEKACANG, SAYURAN
- CENDAWAN,
BAYAM,
KOBIS BUNGA
*HAD 1/2
CAWAN/HARI
MAKANAN IKAN BILIS, IKAN,AYAM,DAGING, SUSU DAN
BER SARDIN,HATI, MAKANAN LAUT, PRODUK
PROTEIN. GINJAL,OTAK, KEKACANG,LENTIL, TENUSU,
IKAN MAKERAL, (DAL,PEAS) TELUR,
TELUR IKAN, *AMBIL 2-3 HIDANG KEJU
MUSSEL, SEHARI (DIET M'SIA)
SCALLOPS,
HERRING
LEMAK,
MINYAK - - SEMUA JENIS
*AMBIL
SEDERHANA
SUP EKSTRAK SUP DAGING SUP SAYUR
DAGING
LAIN- YIS,BIR - MINUM AIR 6-8
LAIN GELAS SEHARI.
*ELAKKAN SIRAP,
GULA-GULA,TEH,
KOPI.
________________________________________________________
Sumber: Hospital Sungai Buluh
O
______________________________________
______________________________________
KOLESTROL
5. KANDUNGAN KOLESTROL DI DALAM BEBERAPA MAKANAN DI MALAYSIA
JENIS MAKANAN DI DALAM 100 G
YG. BOLEH
DIMAKAN
(MG)
OTAK 800
TELUR ITIK 650
TELUR AYAM 415
TELUR PUYUH 415
IKAN BILIS DGN. PERUT, KEPALA 383
UDANG KERING 353
HATI 180
UDANG SEGAR 130
SOTONG 120
MENTEGA 120
KETAM 100
DAGING AYAM 85
LEMAK BABI 63
IKAN BILIS TANPA PERUT,KEPALA 58
DAGING KAMBING 55
DAGING BABI 50
DAGING LEMBU 45
KERANG 45
IKAN KEMBUNG 35
IKAN KURAU 4
IKAN TENGGIRI 3
*Sumber: Med. J - Malaysia... June 1979.
** Sila baca juga no. 12. KOLESTROL BAIK, JAHAT DAN TRIGLYCERIDES.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
6. PENYAKIT BUAH PINGGANG
FUNGSI BUAH PINGGANG
1. Menuras toksin dan cecair yang berlebihan (memebersihkan darah).
2. Membantu membina sel-sel darah merah.
3. Mengawal tekanan darah.
4. Memelihara kekuatan tulang.
FAKTOR RISIKO KEGAGALAN BUAH PINGGANG
1. Kencing manis.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Batu karang.
4. Nefritis (radang buah pinggang).
5. Sejarah keluarga.
6. Ubat-ubat.
# Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom pada fasa permulaan.
TANDA-TANDA (JIKALAU WUJUD).
1. Keletihan
2. Kurang selera makan, Anoreksia.
3. Bengkak di muka dan kaki.
4. Rasa loya dan muntah.
5. Kulit berubah (pigmentasi, kegatalan).
6. Sesak nafas (misalnya, ketika naik tangga).
7. Anemia (kekurangan sel darah merah).
# Kawal pegambilan PROTEIN anda.
= Ini adalah untuk mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam darah.
= Untuk mengurangkan beban buah pinggang.
= Pengurangan pengambilan protein yang tinggi dapat mengurangkan FOSFAT yang dapat membantu mengekalkan komposisi tulang.
BAGI PESAKIT, LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
1. Ambil hanya ubat, makanan tambahan/suplimen, vitamin dan mineral yang disarankan doktor anda.
2. Minta bantuan pakar diet anda untuk merancang pemakanan anda bagi mendapatkan pengambilan nutrien dan kalori yang sesuai apabila anda menjalani diet protein yang ketat.
3. Minta petua daripada pakar diet anda mengenai penggunaan rempah ratus di dalam masakan menggantikan garam.
*Sumber: Syarikat produk kesihatan.
__________________________________________________________ _________________________________________________________________
__________________________________________________________
7. ANGIN AHMAR / STROKE
APA , KENAPA DAN BAGAIMANA (video).
_________________________________________________________________________
8. SELAWAT SYIFA' DAN DO'A ANGIN AHMAR (RINGKAS)
PENGHULU ISTIGHFAR, SELAWAT SYIFA(PENAWAR), BISMILLAH ENAM.
DO'A ANGIN AHMAR
__________________________________________________________
9. FAKTOR-FAKTOR RISIKO SERANGAN ANGIN AHMAR/STROKE
Sebagai tambahan, untuk mengetahui dan memahami sebab-sebab dan risiko-risikonya, sila klik link di bawah ini (dalam bahasa Inggeris).
STROKE RISK FACTORS / FAKTOR-FAKTOR RISIKO ANGIN AHMAR
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
28 feb 2013 / 18 rabiulakhir 1434 H
10. MAKANAN YANG MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN STROKE & SAKIT JANTUNG.
Penyelidikan baru mengesyorkan pemakanan diet Mediterranean* dan ditambah dengan kekacang, terutamanya wallnut, dapat dengan menyerlah sekali mengurangkan risiko penyakit stroke/peredaran darah dan penyakit jantung.
Menurut New England Journal of Medicine, laporan dari Spanish Premed percubaan mendapati pemakanan diet Mediterranean dicampur dengan tambahan wallnut dapat mengurangkan kematian akibat penyakit cardiovascular (peredaran darah dan jantung) sebanyak 30% dan penyakit stroke / angin ahmar sebanyak hampir 49% dibandingkan dengan pemakanan dengan diet rendah lemak.
"Keputusan peyelidikan Premed ini sangat mustahak kerana mereka telah dengan yakinnya membuktikan dengan mengamalkan diet lemak sayuran yang tinggi adalah lebih baik dari diet rendah lemak untuk mengelakkan serangan jantung." kata ketua penyelidikan Dr. Ramon Estruch. Menurut penulis penyelidikan, profil nutrien yang unik terkandung dalam wallnut adalah mungkin penyebab utama faedah yang dihasilkan dalam penyelidikan ini.
Percubaan ini telah melibatkan 7,000 peserta (55-80 tahun). Penyelidikan itu juga mendapati diet Mediterranean yang ditambah dengan minyak zaitun extra virgin dapat mengurangkan risiko penyakit cardiovascular (peredaran darah dan jantung) sebanyak 30%.
Penyelidik berkata bahawa wallnut adalah satu-satunya kekacang yang mengandungi lebih banyak alpha linolenic acid, iaitu omega 3 fatty acid dari punca tumbuh-tumbuhan, yang 'berkerjasama' dengan lain-lain anti oxidant dan nutrien untuk mengeluarkan kesan pencegah cardiovascular (masaalah peredaran darah dan jantung).
* Diet Mediterranean : pemakanan dalam jumlah yang tinggi mengandungi minyak zaitun, kekacang, bijirin yang tidak diproses, buah-buahan,sayuran, dan sejumlah sederhana hingga tinggi bagi ikan, sederhana mengambil produk tenusu dan pengambilan rendah bagi daging dan produk berkaitan daging.
(Diterjamah secara ringkasan dari berita Stroke Smart).
- Tuk Ki
_________________________________________________________
2 Jun 2013 / 23 Rejab 1434 H
11. KAWALAN GULA DALAM DARAH - INDEKS GLISEMIA DAN BEBAN GLISEMIA.
INDEKS GLISEMIA / glycemic index (GI).
Bagi pesakit diabetes diet/pemakanan hendaklah termasuk :
# Makanan mengandungi rendah lemak trans dan tepu, kolesterol, garam dan gula.
# Banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang beraneka warna dan kaya dengan nutrien, antioksiden dan fitokimia.
# Makanan karbohidrat yang berkompleks tinggi.
# Daging tidak berlemak dengan amaun yang sederhana.
# Pengambilan alkohol yang sederhana.
Masaalah sebenarnya ialah KARBOHIDRAT, kerana ia merupakan satu-satunya bahagian makanan yang mempunyai kesan langsung terhadap paras gula dalam darah, berbanding lemak dan protein.
Para penyelidik telah mencipta satu petunjuk yang dikenali sebagai INDEKS GLISEMIA (GI). Indeks ini memeringkatkan makanan karbohidrat mengikut betapa cepatnya karbohidrat daripada satu jenis makanan itu ditukar menjadi glukosa dan memasuki aliran darah.
Makanan yang tinggi GI menyebabkan glukosa darah meningkat dengan cepat dan menghasilkan paras insulin yang lebih tinggi dalam darah. Umumnya makanan yang kurang melalui pemprosesan mempunyai GI yang rendah.
Mengetahui GI sesuatu jenis makanan mungkin berfaedah bagi seorang pesakit diabetis apabila dia hendak menetapkan waktu makan dan waktu pengambilan ubat, demi untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah sehampir normal yang boleh untuk mengelak komplikasi diabetis.
KESAN GLISEMIA MAKANAN BOLEH DIKURANGKAN DENGAN:
# Tidak memakan karbohidrat dengan berlebihan pada suatu masa dalam satu hari.
# Memakan karbohidrat yang berkanji bersama dengan protein daripada daging tidak berlemak, gentian dan lemak. Ini akan memperlahankan penyerapan gula didalam darah.
# Memakan sayuran dan bijirin dalam bentuk lengkap pada bila-bila masa yang boleh. Karbohidrat 'alam semula jadi' lazimnya mempunyai GI yang rendah berbanding karbohidrat 'ciptaan manusia'.
# Mengagihkan pengambilan karbohidrat sepanjang hari, tiga waktu makan utama (mengikut plan diet yang disyorkan)dan diselangi dua snek di antaranya untuk mengekalkan paras glukosa sehampir normal yang boleh.
# Makanlah kekacang yang telah dikeringkan untuk merendahkan kesan glisemia oleh makanan lain.
MAKANAN YANG MEMPUNYAI TINGGI GI.
* Biji-bijian dan kanji, pasta, roti, bijirin bagel, ubi kentang dan semua makanan yang diproses secara umum.
* Gula-gula, madu, gula yang digunakan harian.
* Snek yang berasaskan biji-bijian, keropok jagung,biskut, dll.
* Emping jagung, muesli, bijirin segera.
* Buah-buah tertentu - pisang,kismis dan kebanyakan jus buah.
* Sayuran berkanji, ubi kentang dan jagung.
MAKANAN SEDERHANA GI.
* Legum dalam tin, kekacang yang disejuk-bekukan.
* Ubi keledek dan keladi.
* Bijirin yang yang berbijian lengkap.
MAKANAN RENDAH GI.
* Produk tenusu, susu rendah lemak dan yogurt.
* Buah-buahan tertentu, buah ceri, anggur, limau gedang, pic, plum, epal, pear dan oren.
* Legum kacang bermata hitam yang baru dimasak, kacang kuda, kacang ginjal, kacang dal dan kacang soya.
Sayuran yang tidak berkanji- asparagus, bak choi, brokoli, kobis, daun saderi, salada, kulat, lada, bayam, keledek, tomato dan lada benggala.
Menurut Dr. Jennie Miller, nilai GI adalah:
55 atau kurang - GI RENDAH.
55 ~ 70 - GI PERTENGAHAN.
Melebihi 70 - GI TINGGI.
BEBAN GLISEMIA/ glycemic load (GL).
BEBAN GLISEMIA merupakan suatu penarafan yang berdasarkan kepada indeks glisemia (GI) dan jumlah KARBOHIDRAT yang dimakan. Menurut kajian, beban glisemia (GL) keseluruhan pemakanan (diet) itu adalah lebih penting daripada GI bagi setiap satu makanan.
Jumlah karbohidrat yang diambil juga akan mempengaruhi paras gula darah. Makanan yang tinggi GI tidak semestinya tinggi GL, umpamanya sayur karot yang GInya 92, tetapi GLnya hanya 5. Ini kerana kandungan karbohidrat di dalamnya adalah kecil. Begitu juga dengan buah tembikai. GInya 72, GLnya hanya 4. Ini kerana ia mengandungi banyak air tetapi hanya sebahagian kecil karbohidrat.
GL sesuatu makanan dikira dengan mendarabkan GI dengan angka sebenar gram karbohidrat yang dimakan dan membahagikan jumlahnya dengan angka 100.
NILAI GI DAN GL BEBERAPA MAKANAN.
Nilai GL rendah - 10 atau kurang.
sederhana- 11 ~ 19
tinggi - 20 atau lebih.
MAKANAN GI SAIZ KARBOHIDRAT(gm) GL
buah kurma 103 2 oz 40 42
emping jagung 81 1 cawan 26 21
kek lapis beras 78 3 keping 21 17
donut 76 1 sederhana 23 17
roti putih 73 1 kpg. besar 14 10
gula biasa (sukrosa) 68 2 sudu teh 10 7
nasi puteh 64 1 cawan 36 23
nasi perang 55 1 cawan 33 18
spageti 44 1 cawan 40 18
buah oren 42 1 sederhana 11 5
buah pear 38 1 " 11 4
buah epal 38 1 " 15 6
bijirin 38 1 cawan 23 9
susu skim 32 8 fl oz 13 4
kacang dal 29 1 cawan 18 5
kacang ginjal 28 1 " 25 7
barli 25 1 " 42 11
biji janggus 22 1 oz 9 2
kacang tanah 14 1 oz 6 1
Teori GI dan GL menggalakkan kita mengurangkan memakan karbohidrat yang bertapis dan yang diperhaluskan , sebaliknya meningkatkan pemakanan yang tinggi dengan antioksiden yang kebanyakannya boleh diperolehi daripada sayur-sayuran segar dan buah-buahan yang mengandungi rendah gula.
(Sumber : pelbagai)
Karbohidrat komplek - contoh.
11 OKT 2013 / 6 ZULHIJJAH 1434 H
12. KOLESTEROL BAIK, JAHAT & TRIGLYCERIDES.
Kandungan kolesterol di dalam darah yang tidak terkawal adalah salah satu risiko mendapat serangan stroke.
APAKAH KOLESTEROL?
Kolesterol ialah sejenis bahan seiras lemak terdapat di setiap sel di dalam badan. Ia mengalir melalui pengaliran darah di dalam tubuh dan ia membantu tubuh kita membina hormon dan bahan-bahan untuk pencernaan makanan. Badan kita telah cukup, secara semula jadi, membina kolesterol untuk membuat kerja-kerja ini. Dengan mengambil makanan berkolesterol akan mewujudkan kolesterol yang berlebihan. 'Kolesterol tinggi' bermaksud darah seseorang mengandungi terlampau banyak kolesterol.
KOLESTEROL BAIK, KOLESTEROL JAHAT.
Terdapat dua jenis kolesterol di dalam badan, iaitu lipoprotein densiti rendah (low-density lipoproteins) LDL dan lipoprotein densiti tinggi (high-density lipoproteins) HDL.
Kolesterol LDL dianggap kolesterol 'jahat'. Apabila terlampau banyak LDL mengalir di dalam edaran darah ia boleh terkumpul dan menjadi plak didalam pembuluh arteri di jantung dan di otak. Plak yang melekat dan menebal akan menyebabkan 'clot' (darah membeku dan tersumbat) yang boleh menyebabkan serangan strok/angin ahmar dan serangan jantung.
Kolesterol HDL, atau kolesterol 'baik', bertugas mengangkut kolesterol ke hati. HDL membantu mengurangkan kolesterol yang berlebihan di dalam pembuluh darah arteri dengan menghantarnya ke hati, dimana ianya akan dinyahkan daripada badan.
Bagi orang yang sering bersenam, tidak merokok dan mempunyai berat badan yang baik, akan mempunyai kolesterol HDL yang lebih tinggi.
TRIGLYCERIDES.
Jumlah kandungan kolesterol ditentukan oleh jumlah LDL, HDL, dan tahap TRIGLYCERIDES di dalam badan. Triglycerides ialah sejenis lemak yang dihasilkan oleh badan. Badan kita memproses kalori yang berlebihan menjadi triglycerides dan manyimpannya didalam sel-sel lemak badan kita.
Penyelidik-penyelidik di Universiti Columbia mendapati, tahap kolesterol HDL yang tinggi membantu mencegah serangan strok; dan mengurangkan risiko penyakit alhzeimer.
Seseorang yang ber'kolesterol tinggi' tidak mempunyai apa-apa tanda. Terdapat dua cara darah anda diuji, iaitu tidak berpuasa (untuk ujian jumlah kasar) dan berpuasa sebelum darah diambil (untuk keputusan lengkap,iaitu, lipid profile LDL, HDL, dan triglycerides). Anda dikehendaki tidak makan sebarang makanan 12 jam sebelum darah diambil.
Doktor akan menilai keputusan ujian darah tersebut berdasarkan faktor-faktor umur, berat badan, diet, tekanan darah dan sejarah keturunan untuk menentukan risiko-risiko yang dihadapi. Doktor mungkin akan mengesyorkan perubahan diet atau bersenam atau memberi ubat mengurangkan kolesterol.
(Terjemahan dari artikel 'Stroke Smart')
________________________________________________________
________________________________________________________