( N 41) NUKILAN DARI TAMAN SYURGA
ANEKDOT TAKWA (12): IBU MAKSIAT
Othman bin Affan r.a telah berkata:
"Jauhkan olehmu dari arak, sesungguhnya terdapat pada umat nabi terdahulu seorang lelaki yang sangat kuat beribadat kepada Allah s.w.t.
Maka datang seorang perempuan yang terlalu jahat perangainya kepadanya dan berkata, "Aku datang memanggilmu kerana aku dijadikan untukmu."
Lalu datanglah lelaki itu bersama perempuan itu dan kedua-duanya masuk ke dalam rumah. Kemudian pintu rumah ditutup dan dibawa kepada lelaki itu seorang kanak-kanak (hamba) lelaki dan satu bekas berisi arak.
Perempuan itu berkata lagi, "Aku memanggilmu untuk mengajakmu berzina denganku atau membunuh kanak-kanak ini atau engkau minum arak ini. Selagi engkau tidak lakukan salah satu dari tiga perkara ini nescaya aku tidak akan buka pintu ini."
Maka berfikir si lelaki itu, "Jika aku membunuh kanak-kanak ini adalah terlalu besar dosanya dan apabila difikirkan zina itupun besar dosanya."
Lalu dia mengambil bekas arak lalu meminumnya. Setelah selesai diminumnya dia telah menjadi mabuk dan telah membunuh kanak-kanak itu, kemudiannya telah berzina pula dengan perempuan itu dalam keadaan mabuknya."
Peristiwa tersebut sememangnya lumrah berlaku dan telah bertambah buruk dewasa ini. Betapa kita mendengar atau membaca berita perzinaan, rogol, samun dan pembunuhan berlaku berpunca daripada mabuk atau khayal setelah meminum arak atau mengabil dadah."
Wallahua'lam.
- Tuk Ki
Arak
Ganja/dadah dan jenayah.

No comments:
Post a Comment