MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Sunday, 29 July 2012

ANEKDOT TAQWA (4): JAWAPAN TEPAT

( N  19 )   NUKILAN DARI TAMAN SYURGA

ANEKDOT TAQWA (4): JAWAPAN TEPAT

Pernahkah anda diterjah oleh seorang bukan Islam dengan soalan  "Siapakah Allah?" atau soalan-soalan yang lebih kurang sama maksudnya? Atau besar kemungkinan soalan itu datang dari anak cucu kita sendiri! Bagi seorang yang bukan ahli pendakwah mungkin kita akan tersentak dan mengambil masa untuk memikirkan jawapan yang tepat.

Seorang pendakwah muda keturunan Iban yang kini bergelar ustaz, telah menceritakan pengalaman beliau di mana jawapan dari soalan itulah yang membuka hatinya untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang Islam. Dalam proses beliau mencari kebenaran, beliau telah membuat perbandingan antara Al Quran dan Injil sehingga beliau telah membuat keputusan untuk  meninggalkan agama Kristian dan memeluk agama Islam. Kini beliau sedang bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah di negeri asalnya, Sarawak.

Seorang guru sains di sekolahnya telah memberi penjelasan setakat kemampuannya yang amat terkesan di hatinya. Jawapannya ialah tidak lain dari kandungan salah satu Surah terpendek yang kita semua tahu iaitu Surah Al Ikhlas (Qul Hu Allah). Terjemahannya:

Ayat 1. Katakanlah (Muhammad) "Dialah Allah Yang Maha Esa.
          
          2. Allah tempat meminta segala sesuatu.

          3. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

          4. Dan tdak ada sesuatu yang setara dengan Dia."


Asbabun Nuzul ayat 1~4.

Ubai bin Ka'ab menjelaskan 4 ayat ini diturunkan berkenaan kaum Musyrikin yang pada satu ketika berkata kepada Rasullullah s.a.w. "Hai Muhammad, jelaskan kepada kami tentang salasilah Tuhanmu!"
(HR. Termidzi, Hakim dan Ibnu Khuzaimah).

Begitulah Allah S.W.T. telah menyediakan jawapan yang paling tepat di dalam Al Quran berkenaan dengan ketauhidan terhadapNya.

Wallahua'lam.

- Tuk Ki  




No comments:

Post a Comment