MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati

MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!

Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.


Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.


Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya
.

Tuk Ki

* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.

Thursday, 26 July 2012

PANTUN RAMADHAN (1): PUASA + JAHIL + MUNGKAR

( I  23 )   ILHAM ILAHI

PANTUN RAMADHAN (Bah.1): PUASA + JAHIL + MUNGKAR   




Ciptaan Allah suria dan bulan.
   Takwim dikira berdasarkannya.
Marhaban, marhaban ya bulan Ramadhan.
   Muslim gembira dengan kedatangannya.

Yang was-was iblis suka.
   Umpama mengangkat takbir berkali-kali.
Yang malas puasa gembira juga.
   Kerana hari raya tak lama lagi.

Apa jalan berhadapan penipu?
   Nafi dia jadi sahabat.
Kenapa Ramadhan, syaitan dibelenggu.
   Tetapi manusia masih bermaksiat?

Harta bertan dan berkoyan-koyan.
   Bagai berlaku, Karun tertanam bersama hartanya.
Kerana syaitan telah berpesan.
   Wahai nafsu! teruskan tugasmu walaupun aku tiada.          




Ke Kuala Langat membawa bendera.
   Pergi bersemangat kepartian dipegang.
Ada yang sangat kuat berpuasa.
   Tetapi kuat juga tinggal sembahyang.

Geragau ada dinaikkan ke bagan.
   Hendak dilelongkan cepat-cepat.
Kalau berpuasa niat dibetulkan.
   Nak kuruskan badan, itukah niat?

Menyarung lawa baju yang merah.
   Berduka hati abah tak suka.
Langsung lupa sedang beribadah.
   Menerima, memberi rasuah seperti biasa.
  
Dukun wujud bersama adat begitu lama.
   Bertangkal, bersemah tok dukun mengesyor.
Bangun sujud solat Jumaat di bulan puasa.
   Tertinggal atas sejadah, judi toto dan nombor ekor.

Kerisi, belida, kerapu pun ada.
   Lampam dan belut segar dari kolah.
Mengisi masa tunggu berbuka.
   Di dalam facebook menyebar fitnah.

Kerah tenaga kepada semua.
   Sememang pemuda diwajibkan berkawat.
Susah menjaga puasa yang sempurna.
   Terpandang wanita mendedah aurat.

Gaharu diusaha, hasilnya diharap sangat.
   Mendapatkan labanya agaklah lama.
Difardhu berpuasa, wajib pula menutup aurat.    
   Melaksanakan kedua-dua, barulah sempurna.

Bahasanya mudah, harganya pun murah.
   Beli sebuah, baca buat panduan sembahyang.
Berpuasa sudah, ibadah lain pun sudah.
   Tetapi tak sudah-sudah mengumpat orang.

Selagi ada sifat hasad dan juga dengki.
   Resahnya rasa melihat orang melebihi dia.
Tetapi ada yang lebih dahsyat lagi.   
    Sudahlah tidak berpuasa, melakukan maksiat pula.

Murtabak dan bingka makanan pilihan berbuka nanti.
   Sebelum menyentuhnya sunat makan buah kurma.
Tidak berpuasa bukan atas sebab-sebab syari'i.
   Dihukum haram makan minum tempuh berpuasa.

Lihatlah pada kejadian kita yang serba ada.
 Tubuh sempurna terbena terjadi, siapa penciptanya?
   Makhluk berilmu penunduk makhluk kejadian lain.
Takutlah kita dengan seksa api neraka.
 Tujuh puluh ganda panas api dunia.
   Untuk nak tahu, hulur jarimu pada api lilin.

-Tuk Ki  
Klik bah.2 di sini   << sambungan

No comments:

Post a Comment