ANEKDOT TAKWA (1): RIAK , SOLAT MALAM ( TAHAJJUD, dll.)
RIAK.
Apabila seseorang berkata pada dirinya,
"Aku pergi ke surau ini untuk sembahyang berjemaah ialah kerana hendak menonjolkan diri supaya aku dilihat seorang yang baik dan warak oleh masyarakat."
Jelas, dia seorang yang RIAK.
Apabila seseorang berkata pada dirinya,
"Aku TIDAK mahu pergi ke surau untuk sembahyang berjemaah kerana takut orang akan berkata aku hendak menunjuk-nunjuk diri sebagai seorang yang baik dan warak."
Dia juga seorang yang RIAK.
Apabila seseorang berkata pada dirinya,
"Aku pergi ke surau untuk sembahyang berjemaah kerana Allah Ta'ala. Apa orang nak kata, katalah."
Dia adalah seorang yang IKHLAS.
_________________________________________________________
SOLAT MALAM ( TAHAJJUD, dll)
Surah AL MUZZAMMIL ( ORANG YANG BERSELIMUT) ayat 1~9 terjemahannya:
1. "Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
3. (iaitu) seperdua atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
4. atau lebih dari seperdua . Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan diwaktu itu lebih berkesan.
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.
9. (Dialah) Tuhan masyrik dan maghrib , tiada Tuhan (yang berhak disembah ) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung."
Inilah sebenarnya kelebihan besar kepada hambaNya, khususnya orang Islam, untuk membina kekuatan rohaninya yakni imannya. Amalan solat malam harian inilah menjadi amalan tentera-tentera Salahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitulmaqdis dari tentera Salib setelah 88 tahun mendudukinya dan begitu juga dengan tentera-tentera Sultan Muhammad al Fatih yang berjaya menakluki Constantinople, (ditukar namanya kepada Islambol - sekarang Istanbul) dan menjatuhkan empayar Byzantine.
Mudah-mudahan mengambil berkat bulan Syaaban ini dan kedatangan Ramadhan al Mubarak, kita diberiNya kekuatan untuk menjadikan solat malam sebagai amalan kita yang berterusan (istiqamah), insya Allah.
Wallahua'lam.
'Dari talib kepada mukalaf'
- Tuk Ki
No comments:
Post a Comment