.(N1) NUKILAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA.
SOLAT JUMA'AT YANG SEMPURNA
Pada umumnya apabila seseorang yang hendak ke masjid pada hari Juma'at ditanya "Nak ke mana?" Ia akan menjawab, "Nak pergi sembahyang Juma'at".Mungkin tertanam didalam kepalanya perkataan 'sembahyang'. Mungkin juga dia memahami asalkan dapat dia mendirikan dua raka'at solat Juma'at maka sempurnalah kejawipannya terhadap Allah S.W.T .Jika ini lah fahamannya maka rugi besarlah ia pada hari itu.
Dalam surah Al Jumu'ah ayat 9~11 hendaklah dihayati dan dalam ayat 9 itu Allah S.W.T berfirman terjemahannya,
"Hai orang-orang beriman, apabila diseru (azan) untuk menunaikan solat pada hari Juma'at , maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkan jual beli (pekerjaan). Yang demikian itu lebih baik bagi kamu JIKA kamu mengetahui".
Apa yang perlu ditekankan ialah apabila azan pertama diseru kita hendaklah terus meninggalkan apa jua pekerjaan dan urusan yang sedang dilakukan dan wajib bersegera hadir ke dalam masjid. Ini termasuklah peniaga disekitar masjid dan pelanggan mereka. Sudah lumrah kita melihat ada pelanggan masih makan dan minum ketika itu.
Perbuatan ini adalah haram! Ia dengan jelas melanggar suruhan Allah Taala.
Seperkara lagi yang perlu ditekankan iaitu sangkaan segelintir orang bahawa keperluan mendirikan dua raka'at solat Jumaat sahaja tetapi mengabaikan khutbah yang disampaikan khatib.Setelah mendengar DUA khutbah dan mendirikan DUA raka'at solat barulah selesai dan sempurna solat Juma'at kita. Semoga solat Juma'at kita yang akan datang akan lebih sempurna lagi dan mendapat keredhaan Allah S.W.T, Insyaallah.
Wallahua'lam.
Tuk Ki
Video: perkara-perkara sunat dilakukan
pada hari Jumaat.
No comments:
Post a Comment