SELAMAT DATANG WAHAI PENGUNJUNG BUDIMAN.
Assamu'alaikum warahmatullahi wabaraakatuh,
Terima kasih kepada pembaca yang dihormati. Allah telah mempersuakan kita disaat ini . Sedarkah saudara bahawa ini adalah ketentuan Allah semata. Apa yang sudah berlaku dan apa yang akan berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Hanya godaan syaitan dan dorongan nafsu yang bermartabat amarah sahaja yang membezakan kejahatan dari kebaikan. Manakala iman dan nafsu yang tenang akan membawa kepada kebaikan yang sebenar walaupun kita harus menempuh cabaran yang penuh kesukaran.
Saya bukan nya bertaraf ustaz untuk memberi kuliah agama tetapi hanya seorang insan yang sedang belajar dengan penuh kekurangan dan kelemahan. Tetapi oleh kerana kewajipan bertabligh sesama kita telah mendorong diri saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui blog ini berdasarkan inti pati yang diperolehi dari kuliah-kuliah agama yang saya hadiri. Bukankah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk sampai menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh guru-guru terutamanya perkara-perkara fardhu 'ain.
Saya dapati saya sendiri sukar untuk menyampaikan nya kepada ahli keluarga sendiri kerana beberapa faktor. Antara lain ia lah:
1. Ahli keluarga yang tidak tinggal bersama kecuali masa-masa tertentu.
2. Tidak dapat menyusun inti pati dengan baik dan sepontan melalui percakapan.
3. Apa yang telah disampaikan besar kemungkinan akan dilupakan ditelan masa.
Justeru itu, ruang terbaik ialah dengan menulis dalam blog ini untuk menyebarkan nukilan-nukilan ilmu dan perkongsian pengalaman dan perasaan bukan sahaja kepada kaum keluarga tetapi juga kepada para pengunjung dan sesiapa sahaja terutama kepada insan-insan yang ditakdirkan seperti saya ( orang hilang/kurang/kelainan upaya -OHU/OKU ). Namun untuk mendalami topik-topik yang dicetuskan anda hendaklah bertanya dan belajar dengan berkitab dengan ustaz/ustazah yang layak lagi mursyid.
Wallahua'lam.
YA ALLAH! AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA MENGAMBIL BALIK SEBAHAGIAN DARI KEUPAYAAN FISIKAL KU TETAPI BUKAN MENGAMBIL IMAN KU TERHADAP MU! tuk-ki-jemaah.blogspot.com
MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati
MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!
Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu! Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.
Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.
No comments:
Post a Comment