19 JAMADIL AKHIR 1435 H
( N 66 ) NUKILAN SARI YAMAN SYURGA
ANEKDOT TAKWA (21) :
KHUSYUK SOLAT CARA HATIM AL-ASSAM.
Seorang yang warak, Isam bin Yusuf, telah bertanya kepada Hatim al-Assam seorang abid bagaimana cara dia bersolat dengan tujuan ingin memperbaiki ibadah solatnya sendiri.
Hatim al-Assam memberi tahu bahawa dia mengambil wudhuk dengan sempurna zahir dan bathin, yakni dia turut membersihkan hatinya dengan bertaubat, tidak mengagung-agungkan dunia, tidak mengharapkan pujian, jauhkan dari perbuatan khianat dan menipu, jauhkan dengki (hasad) dan meninggalkan perasaan bangga diri.
Setelah itu Hatim al-Assam akan pergi ke masjid untuk solat berjamaah. Setiap kali ia berdiri menghadap kiblat dia akan merasakan dirinya sedang berhadapan dengan Allah dengan syurga berada disebelah kanannya, neraka berada disebelah kirinya, malaikat Maut menunggu dibelakangnya. Dalam masa yang sama diimajinasikan seolah-olah dia sedang berdiri di atas titian ' Siratul Mustaqim' dan menganggap solatnya itu adalah solat yang terakhir baginya. Kemudian dia berniat dan mengangkat takbir dengan sebaik mungkin.
Dia memahami bacaan dan doa yang dibacakan dan melakukan rukuk dan sujud dengan penuh rendah diri, bertasyahud dengan penuh harapan kepadaNya dan memberi salam dengan penuh keikhlasan. Begitulah dia mendirikan solatnya selama tiga puluh tahun yang lalu.
Mendengarkan pendedahan itu, Isam bin Yusuf telah menangis kerana ibadat solat Hatim al-Assam adalah terlebih baik daripadanya dan dia amat bersyukur kerana telah mendapat pelajaran yang berguna untuk dia memperbaiki solatnya.
Wallahua'lam.
- Tuk Ki jemaah
(Daripada talib kepada mukallaf)
YA ALLAH! AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA MENGAMBIL BALIK SEBAHAGIAN DARI KEUPAYAAN FISIKAL KU TETAPI BUKAN MENGAMBIL IMAN KU TERHADAP MU! tuk-ki-jemaah.blogspot.com
MUQADDIMAH- serangkai cetusan hati
MUQADDIMAH - serangkai cetusan hati
(I1) NAH!
Nah! rupa-rupanya segala rintih-rintihku Engkau sahuti
Sebelumnya...
rintihan sepontan terpantul
rintihan sepontan terpantul
berulang kali.
Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Manakan daya untuk mendekatiMu! Keluhan kesal terhembus
berulang kali.
Telahku lenyapkan ruang untuk mengenaliMu!
Kurniakanlah...kurniakanlah ya Ilahi.
Nah! ianya berlaku.
Idaman terhidang dihamparNya jalan.
Jangan dirintih jangan dikeluh berulang kali.
Syukur Alhamdulillah!
Mereka tidak mengerti penuh simpati
yang bijaksana menabur empati.
Namun aku tetap bersyukur Alhamdulillah!
Aku tenggelam dalam lautan-lautan ilmu dan kebesaranMu.
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
Nah! umpama titian sirat di dunia nyata.
Engkau pilih antara sehelai rambut dan selebar expressway.
Jangan merintih!
Jangan mengeluh!
Berulang kali lagi.
Kerana destinasi kita...
Qiblat yang tidak terperinya sebuah KEJAYAAN mutlak ...seperti dilaungkan mu'azzin dalam seruan azannya.
Tuk Ki
* Untuk asimilisasi para insan penghidap angin ahmar (stroke), ahli keluarga dan penjaga mereka dan kepada insan-insan sejagat.
Saturday, 19 April 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment