ANEKDOT TAKWA (7)
MASJID AL AQSA : JANGAN CELARU
Anda sedar atau tidak, apabila terkeluar sebarang berita menyentuh tentang Masjidil Aqsa didalam media, akan terteralah gambar atau visual sebuah bangunan yang mempunyai kubah berwarna kuning. Kita dan anak cucu semua berpersepsi bahawa itulah Masjid Al Aqsa. Ketahuilah, anggapan itu SALAH sebenarnya. Masjid sebenar ialah terletak di kawasan berdekatan yang kubahnya berwarna gelap/hitam. Kenapa pihak media tidak perihatin dalam hal ini adalah suatu persoalan. Kita tidak mahu generasi akan datang salah mengenali Masjid Al Aqsa, masjid ke tiga termulia. Sila lihat gambar dibawah untuk mengetahui lokasi sebenar Masjid Al Aqsa.
.jpg)
*Bangunan berkubah hitam ialah Masjid Al Aqsa sebenar.

<-*INI MASJIDIL AQSA SEBENAR
*INI BUKAN, sebenarnya ini ialah masjid Qubah Al-Sakhrah ->
Wallahua'lam.
- Tuk Ki
No comments:
Post a Comment