HADIS QUDSI* (3) - RASULULLAH S.A.W DI SISI ALLAH S.W.T
Hadis qudsi riwayat Abu Naim dalam kitabnya 'Al Hilayah':
"Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, Nabi Bani Israil, bahawa: "Barang siapa bertemu dengan Aku (dari umat mu) , pada hal ia ingkar kepada Ahmad, nescaya aku masukkan dirinya ke dalam neraka."
Nabi Musa a.s berkata "Siapakah Ahmad itu, wahai Tuhanku?"
Allah berfirman "Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut daripadanya. Telah Aku tuliskan namanya bersama Ku di 'Arasy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya syurga itu terlarang bagi semua makhluk Ku, sebelum ia dan umatnya terlebih dahulu memasukinya".
Nabi Musa a.s berkata "Siapakah umatnya itu?"
FirmanNya "Mereka yang banyak memuji Allah. Mereka yang memuji Allah sambil naik , turun dan pada setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwuduk, membersihkan anggota badan. Mereka berpuasa siang hari, beramal dan berzikir sepanjang malam. Aku terima amalan yang dikerjakan dengan ikhlas, meskipun sedikit.Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga kerana kesaksiannya "Tiada Tuhan yang sebenarnya wajib disembah selain Allah."
Nabi Musa a.s berkata "Jadikanlah saya Nabi umat itu."
Allah berfirman "Nabi umat itu dari kalangan mereka sendiri."
Nabi Musa a.s berkata lagi, "Masukkan saya dalam golongan umat Nabi itu."
Allah menerangkan , "Engkau lahir mendahului Nabi dan umat itu, dan dia lahir kemudian. Aku berjanji kepadamu untuk mengumpulkan engkau bersamanya di Darul Jalal (syurga)."
Ahmad ialah Nabi Muhammad s.a.w yang telah diwahyukan kelahirannya di masa akan datang kepada Nabi Musa a.s untuk disampaikan kepada kaumnya melalui kitab Taurat.
Di dalam Al Quran Allah telah berfirman mengenai sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya di dalam kitab Taurat dan Injil:
(* Hadis Qudsi - sila rujuk pos terdahulu , Hadis Qudsi (1) - Nov. 2011 , untuk keterangan.)
- Surah Al Fat-h: ayat 29
Kita patut berusaha untuk menjadi umat yang mempunyai ciri-ciri seperti sahabat-sahabat baginda Nabi s.a.w seperti terkandung dalam Surah tersebut. Insyaallah.
Wallahu a'lam.
' Dari talib kepada mukalaf '
-Tuk Ki
Video - Penemuan terbaru pada Februari 2012, kitab Injil berusia 1,500 tahun ditemui di Turki di mana tersebut kedatangan Ahmad ( Muhammad s.a.w ) 100 tahun kemudian.
No comments:
Post a Comment