HALAMAN BLOG / PAGES

Tuesday, 20 September 2011

SELAMAT DATANG

SELAMAT  DATANG WAHAI PENGUNJUNG BUDIMAN.


Assamu'alaikum warahmatullahi wabaraakatuh,

Terima kasih kepada pembaca yang dihormati. Allah telah mempersuakan kita disaat ini . Sedarkah saudara bahawa ini adalah ketentuan Allah semata. Apa yang sudah berlaku dan apa yang akan berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Hanya godaan syaitan dan dorongan nafsu yang bermartabat amarah sahaja yang membezakan kejahatan dari kebaikan. Manakala iman dan nafsu yang tenang akan membawa kepada kebaikan  yang sebenar walaupun kita harus menempuh cabaran yang penuh kesukaran.

Saya bukan nya bertaraf ustaz untuk memberi kuliah agama tetapi hanya seorang insan yang sedang belajar dengan penuh kekurangan dan kelemahan. Tetapi oleh kerana kewajipan bertabligh sesama kita telah mendorong diri saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui blog ini berdasarkan inti pati yang diperolehi dari kuliah-kuliah agama yang saya hadiri. Bukankah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk sampai menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh guru-guru terutamanya perkara-perkara fardhu 'ain.

Saya dapati saya sendiri sukar untuk menyampaikan nya kepada ahli keluarga sendiri kerana beberapa faktor. Antara lain ia lah:
1. Ahli keluarga yang tidak tinggal bersama kecuali masa-masa tertentu.
2. Tidak dapat menyusun inti pati dengan baik dan sepontan melalui percakapan.
3. Apa yang telah disampaikan besar kemungkinan akan dilupakan ditelan masa.

Justeru itu, ruang terbaik ialah dengan menulis dalam blog ini untuk menyebarkan nukilan-nukilan ilmu dan perkongsian pengalaman dan perasaan bukan sahaja kepada kaum keluarga tetapi juga kepada para pengunjung dan sesiapa sahaja terutama kepada insan-insan yang ditakdirkan seperti saya ( orang hilang/kurang/kelainan upaya -OHU/OKU ). Namun untuk mendalami topik-topik yang dicetuskan anda hendaklah bertanya dan belajar dengan berkitab dengan ustaz/ustazah yang layak lagi mursyid.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment